Sedang melepak-lepak di perpustakaan sambil membuat sedikit ulang kaji,ternampak sebuah buku tulisan Ahmad Boestamam(AB);"Sorotan Sekilas:The Malay Dilemma".Aku tak pernah tahu AB ada menulis ulasan(dan kritikan) terhadap buku kontroversi Dr Mahathir(DR.M) sehinggalah terserempak dengan buku nipis yang memuatkan sebanyak 67 helai muka surat tersebut.
Beberapa perkara yang sangat menarik yang sempat aku temui usai membaca tulisan beliau.Pertamanya,pendekat
Konteks dan tujuan buku ini ditulis juga seakan dapat diteka.AB menulis buku ini setelah 10 tahun buku "The Malay Dilemma" diterbitkan(1981).AB seakan menulis untuk memperingatkan Dr.M yang pada saat itu merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-5 tentang ide-ide dan kritikan-kritikan tajam Dr.M sendiri terhadap pemerintahan Tunku pada era 70-an dan menasihatkan agar kritikan-kritikan tersebut tidak diulang pada pemerintahannya dan setiap cadangan beliau perlu dilaksanakan.Ini jelas apabila dalam hampir setiap bab AB menutupnya dengan persoalan;"Apakah Dr.mahathir,oleh kerana telah memegang teraju pemerintahan negara kini akan mengisi syornya yang tercatit"(ms18),"Yang boleh membuat pilihan dan bertindak melaksanakan pilihan tersebut tidak lain dar Dr.mahathir sebagai sifatnya Perdana Menteri sekarang."(ms25),dan banyak lagi.
Pendekaan beliau(AB) berbeza dengan Syed Hussein Al Attas yang mengkritik hebat secara akademik tulisan Dr.mahathir dalam bukunya "myth of the lazy native"(1977).AB tampak lebih santai dan menulis untuk menyatakan rasa setuju beliau pada pandangan Dr.M.Juga pada bahagian akhir buku tersebut AB meletakkan satu harapan kepada Dr.M agar melaksanakan ide-idenya dalam buku "The Malay Dilemma" pada zaman beliau menerajui kepimpinan negara.
Persoalan yang kemudiannya menerawang dalam fikiran aku,adakah Dr.M benar-benar mengotakan janjinya seperti yang diharapkan oleh AB? Leia Mais…