Thursday, December 8, 2011

The Age of Confusion/Zaman Kekeliruan.



The Age of Confusion/Zaman Kekeliruan.

Bukanlah ini kali pertama saya berdialog dengan manusia melalui penulisan,malahan sebelum ini telahpun diwujudkan dua blog yang awal namun terpaksa dibelasungkawakan atas sebab-sebab tertentu.Dalam ruangan yang baru ini saya ingin memberi nafas yang baru,tulisan dan ide yang lebih terperinci  dan menzahirkan pandangan seorang insan muda yang masih bertatih dalam dunia akademik.Langkah saya langkah yang perlahan dan mungkin juga kurang cermat.Oleh yang demikian saya mengharapkan para pembaca yang budiman dapat melahirkan sebarang teguran,kerana dunia dan hidup ini adalah pentas pendidikan,taadib,dan tarbiyah.

Blog yang baru ini telahpun saya bungkuskan dengan wajah dan nama yang baru.”Age of Confusion” ataupun “Zaman Kekeliruan” pada hemah saya adalah antara ungkapan asas yang menjadi driving force untuk seseorang manusia pada hari ini untuk terjun ke dalam dunia ilmu dan intelektualisme.

Adalah benar andai disebut bahawa kehidupan gaya  moden yang menjadi tema dunia pada hari ini telah mewujudkan dunia yang lebih interaktif,membentuk gagasan kosmopolitanisme(1) .Era globalisasi yang memancar-mancar hasil penciptaan teknologi ini menjadikan manusia itu lebih mudah menjelajah dunia maklumat; “Kesemuanya di hujung jari”.Namun tambunan maklumat seakan masih belum cukup untuk menjadikan masyarakat kita golongan yang disebut Al-Quran sebagai golongan al fahmu(2).Mungkin tidak siapa yang mendapat nafikan bahawa disebalik era “The Third Wave” ,era pasca industri,seperti yang dinukilkan oleh Alvin Toffler dalam bukunya(3) kita masih di ambang kekeliruan yang kritikal dan mungkin lebih parah daripada generasi sebelumnya.Generasi muda pada hari ini menyaksikan dalam detik-detik kehidupan mereka sebuah tamadun yang dihujani dengan pelbagai lagaan dan konflik ideology yang pelbagai.Melalui cabang falsafah pelbagai transisi yang mengambil tempat;era rationalism mengambil tempat metodologi intelek,sains menjadi tuhan,laungan Nietzsche mengisytiharkan kematian tuhan,nihilism menjadi asas system nilai,pragmatism William James dan Richard Rorty menjadi kayu ukur kebenaran-dunia seakan menjadi satu sudut relativisme di mana kebebaran mutlak(absolute truth) menjadi hampir mustahil untuk dicapai.

Ilmuan Islam juga berpecah dengan pelbagai aliran-Ahbash,Salafi wahabiyah,modernist,reformis,sufisme-malah aliran-aliran ini juga berpecah menjadi beberapa rangkaian lagi.Dalam kalangan ulama’ juga saling berbalah,jemaah-jemaah bertelagah,menjadikan budaya takfir sebagai mainan mulut.Siapakah yang benar sebenarnya?Siapakah yang betul-betul berpandukan Al-Quran dan Sunnah?Siapakah yang tepat dalam menzahirkan maqasid al Islam?

Andai anda lahir pada zaman seperti ini,tidakkah kita juga semua keliru?


Ruwaibhidah

Dalam merenung kekacauan dan kecelaruan dunia hari ini saya merenung sebuah hadis Rasulullah S.A.W:
Abu Hurairah radhiyallahu anhu  menyebut bahwa Nabi bersabda,: "Akan terjadi pada manusia tahun-tahun yang penuh tipu daya, pendusta dianggap jujur dun orang jujur didustakan. Orang khianat dipercaya dun orang yang dapat dipercaya dituduh
pengkhianat. Dan pada saat itu ruwaibidhah turut berbicara. " Ditanyakan, "Apakah Ruwaibidhah itu wahai Rasulullah?" Nabi bersabda, "Seseorang yang dungu namun turut berbicara dalam perkara perkara yang menyangkut kepentingan umum”-Riwayat Ibnu Majah,No 4036,dinilai sahih oleh Albani.

Kata Sheikh Abu Abdurrahman Abdullah bin Muhamamd Allusy,dalam memberi komentar hadis ini ketika menulis untuk kata pendahuluan kitab “Maqalaat Albani” menyebut:

Benarlah bahwa vara Ruwaibidhah tersebut telah membentuk ling karan
dan dikelilingi oleh satu kelompok sejenis yang dipenuhi dengan kedengkian,
kebodohan, kepentingan individu, keangkuhan, kekerasan, kekakuan, fanatik
buta terhadap suatu pendapat, fanatisme golongan, hawa nafsu dan sebagainya.
Kegelapan yang tumpang tindih, inilah ruwaibidhah”(4)

Kerana kelompok-kelompok yang tidak bertanggungjawab ini akhirnya lahir pelbagai aliran-aliran songsang yang megelirukan ummah.Saya tidak menolak kepelbagaian kerana itu lumrah dan fitrah masyarakat,seperti kata Sheikh Albani:

Sementara Islam yang dibawa oleh Muhammad hanyalah satu, ia pun merniliki pengertian yang satu pula. Lalu atas dasar apa perselisihan ini te jadi?" Saya tidak mengatakan keharusan untuk menyatukan pendapat dan melarang perselisihan, karena saya mengira ha1 seperti itu tidak munglan terjadi, "Andai Tuhanmu menghendaki, nescava ia akan meniadikan manusia umat yang satu. "-(5)

Namun apabila tidak ada ketelitian dan kedangkalan dalam mematuhi prinsip-prinsip ilmu maka perbezaan itu dicampuri dan dicemari dengan kekotoran yang menyongsangkan lagi mengelirukan.Maka lahir krisis dalaman ummah hari ini untuk memahami kebenaran.Syed Naquib al Attas antara pelopor dalam mengketengahkan krisis kekeliruan ilmu ini di pentas intelektualisme.Dalam tulisannya “Risalah Kaum Muslimin” beliau membawa gagasan idea “Islamisasi Ilmu” yang menghimpunkan banyak pandangan positif,dan juga negative dari ilmuan-ilmuan Islam kontemporari.Dasar ide-ide beliau bertitik tolak dari peninjauan tajamnya terhadap masalah utama umat Islam yang dapat dibahagikan kepada tiga(6):

1)Kekeliruan dan Kesilapan menanggapi makna ilmu dan pengamalannya
2)Kehilangan Adab
3)Kehilangan pemimpin yang tidak layak memikul tanggungjawab dalam pelbagai lapangan kehidupan beragama dan masyarakat.

Kita boleh berbeza pandangan dalam mengenal pasti masalah dasar ummah hari ini,tetapi antara yang menjadi fokus adalah kekeliruan ilmu seperti yang telah dinukilankan pada ruangan di atas.Kedangkalan kita akhirnya menimbulkan pelbagai masalah dan antara yang ingin saya bawakan ialah munculnya sikap Pessimism



Pessimism menjangkiti masyarakat

Pada tahun 1992,Francis Fukuyama telah menggemparkan dunia dengan tesis beraninya “The End of History and The Last Man”.Buku ini bermula dengan sebuah artikel yang ditulis Fukuyama pada tahun 1989 dalam jurnal “The National Interest”(7) dengan tajuk yang hampir sama dan ditambah dengan tanda soal-“The End of History”.Buku ini telah mendapat pelbagai reaksi dan kritikan,antaranya Edward W.Said,Jacques derrida,dan gurunya sendiri mendiang Samuel P.Hungtinton dengan tesis yang turut mengejutkan masyarakat dunia “The Clash of Civilizations and The Remaking of World Order”.Namun fokus tulisan ini bukan untuk membentang isi-isi atau kritikan-kritikan ke atas  “End Of History” Fukuyama sebaliknya cukup untuk saya mengketengahkan bab pertama tesisnya “Our Pessimism”(8) yang pada hemah saya sangat bernilai untuk kita renungi bersama.Beliau berpendapat bahawa umat manusia sebelum abad ke-20 telah meletakkan harapan yang positif pada masa hadapan.Dengan lahirnya revolusi Perancis (1776)  yang akhirnya mencipta “Spirit of 1776”  sebagai obor impian dunia yang berperanan untuk “vanquish the world's tyrants, autocrats, and superstitious priests. Blind obedience to authority would be replaced by rational self-government, in which all men, free and equal, would have to obey no masters but themselves”(9).Namun selepas  perang dunia pertama dan kedua serta berdirinya rejim-rejim komunis menghuni lipatan sejarah manusia menyaksikan kekejaman dan kematian yang menyayatkan hati sehingga menghancurkan harapan yang terbina sebelumnya.Dunia kini dilihat sebagai dunia yang serba tidak adil dan sungguhpun pelbagai usaha dilakukan untuk menamatkan era perang pada masa akan dating,manusia seakan trauma dan sangat “pessimistic” terhadap segala tindak tanduk politik antarabangsa.

Melihat pada konteks kita pada hari ini saya khuatir penyakit yang sama akan merebak di dalam dimensi dunia intelektual,terutamanya dunia Islam.Apabila sejarah dan Islam yang dipaparkan di hadapan generasi muda adalah sesuatu yang mengelirukan,dihujani dengan pelbagai perbalahan,-manusia akan hilang kepercayaan kepada kebenaran.

Kita mungkin bimbang akan manusia hilang kepercayaan kepada sesuatu agama,Cth:Islam,dan seterusnya menganut agama yang lain.Pada skop ini sekurang-kurangnya masih ada sinar harapan untuk mereka menghalakan arah tuju mereka mencari kebenaran pada agama/ideology yang lain.Namun apabila manusia sudah putus asa pada nilai kebenaran itu sendiri segala usaha untuk mencari kebenaran akan MATI.Manusia tidak akan lagi peduli apa itu kebenaran,langsung memberi makna kosong pada kehidupan.Sungguhpun batin mereka mendesak untuk mencari suatu daratan kebenaran manusia sudah tidak endah lagi.Seakan pelayar di lautan mencari daratan yang akhirnya setelah sekian lama tidak ketemu tempat untuk berlabuh,akhirnya membina kepercayaan bahawa lautanlah daratan yang wujud.

Krisis ini akan berlanjutan membina masyarakat yang “apathy”.Isu moral tidak lagi menjadi peta bagi mereka menjelajah kehidupan.Sakit Nihilism,Relativism,mula meyusup masuk dalam era pasca modernisme ini().Akhirnya kata Nietzsche menjadi kenyataan,benarlah seakan “tuhan sudah mati” maka tidak ada lagi “objective morality” atau “the absolute truth”.Masyarakat hidup dalam awing-awangan tidak berpanduan.

Perananan Kita

1)Umat Islam kini perlulah ditanamkan postulat awal bahawa kitab Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W adalah kebenaran mutlak.Penelitian akidah perlu ditanam sebaik mungkin pada masyarakat.Dalam era rationalisme ini unsur bidaah dan khurafat hanya akan menjauhkan masyarakat dari agama.Perlunya proses “tajdid” dalam membersihkan unsur-unsur ini.

2)Mengimbangi antara pendidikan akhlak dan intelektualisme.Saya bimbang apabila usrah-usrah hari ini seakan meletakkan hanya unsur-unsur akhlak sahaja sebagai silibus yang khuatirnya melahirkan manusia yang baik tetapi dungu tentang dunia serta mudah ditipu(hal ini juga akan melahirkan ketaatan buta pada jemaah,seperti yang dikritik oleh Prof Dr yusuf al Qaradhawi dalam bukunya “aku dan Ikhwanul Muslimin”.Perlunya diperhebatkan lagi wacana-wacan ilmiah yang meliputi isu politik,social,teologi,falsafah agar kita tidak tertipu dengan perangkap-perangkanp songsang.

3)Menzahirkan Islam dengan bentuk yang lebih praktikal.Slogan Ikhwanul Muslimin yang wujud ketika part itu tertubuh pada 1928 yakni “Islam Sebagai Solusi” perlu diterjemahkan dengan betuk yang lebih realistik.Isu-isu seperti siasah,negara Islam,ekonomi,kemiskinan,keadilan yang lebih universal dan tidak bersifat eksklusif.Parti Keadilan dan Kebebasan cawangan Ikhwan adalah langkah awal yang sangat baik dan patut dicontohi.

4)Mewujudkan mentality berlapang dada menerima perbezaan dalam kalangan jemaah atau masyarakat.Permasalahan timbul apabila kebanyakan ilmuan Islam menjadi autoritatif dalam menyampaikan agama apabila menyifatkan pandangannya menjadi jurucakap Islam.Sedangkan bak kata Tariq Ramadan “The text is the text,but is our understanding that connect the text with the real world”.Pemahaman kita tidak “absolute” dan terbuka pada kesilapan.Sering kita dengar “Islam mengharamkan…” berbanding “Pemahaman saya pada Islam merasakan bahawa ia diharamkan..”.Perbezaan yang kecil tetapi sangat penting.Ulama’ juga perlu menggunakan bahasa yang diplomatic dalan mengkritik agar tidak menambah kekeliruan masyarakat.

Cadangan-cadangan itu perlukan penghuraian lebih lanjut namun tidak dapat saya sertakan kesemuanya dalam ruangan ini.Insyallah mungkinpada makalah yang akan dating.

Marilah berjuang untuk ummah.

Rujukan

1)Kosmpolitanisme,rujuka esei Immanuel Kant “Perpetual Peace”
2)Golongan al fahmu,seperti yang ditulis oleh Imam Hasan al banna dalam Risalah 20 merupakan kelompok manusia yang faham akan agama dan ilmu-ilmu dunia seperti zaman nabi dan para sahabat.

 Rasulullah saw bersabda: “Semoga Allah memberi kecerahan pada wajah seseorang yang mendengar hadis daripadaku, lantas ia menghafalkannya hingga dapat menyampaikan kepada orang lain. Sebab kadang-kadang seseorang membawa suatu pemahaman (ilmu) kepada orang yang lebih faham. Dan kadang-kadang orang yang membawa sebuah ilmu bukan pula ulama.” [Abu Daud: 3/321. No. 3660 dan At-Tirmidzi: 5/33. No. 2656]

Allah SWT melebihkan seorang nabi yang lain kerana kedalaman pemahaman yang dianugerahkan kepadanya. Allah SWT berfirman: “Maka Kami telah memberikan pengertian kepada Sulaiman tentang hukum (yang lebih tepat) dan kepada masing-masing mereka telah Kami berikan hikmah dan ilmu”. (Al-Anbiya:79)

Contoh lain ialah Ibnu Abbas dimuliakan sekalipun masih muda usianya, melebihi kebanyakan tokoh-tokoh senior lainnya, kerana pemahaman yang baik yang dikurniakan Allah kepadanya. Sehingga, ia berhak menjadi anggota Majlis Syura Amirul Mukminin Umar bin Khattab di masa itu.

3)Alvin Toffler, “The Third Wave”,Bantam Books,1980

4) Sheikh Albani,Maqalaat Albani(Risalah albani),terjemahan Indonesia,pustaka azzam,ms 18-19

5)ibid,ms 30

6)Syed Naquib al Attas,Risalah Kaum Muslimin,ISTAC:Kuala Lumpur,2001;juag boleh dilihat dalam Islam and Secularism,ABIM:Kuala Lumpur,1978,bab “The Muslim Dilemma”(ms 91) dan Prof Wan Nor Wan Daud,Masyarakat Islam hadhari:suatu tinjaun epistemology dan kependidikan kea rah penyatuan bangsa,DBP,ms 162

7)Francis Fukuyama, “The end of History”,Journal National Interest(1989)

8)Francis Fukuyama, “The End of History and The Last Man”,The Free Press,1992.ms 3

9)ibid,ms 5




0 comments:

Post a Comment