Saturday, December 17, 2011

Calon Republikan 2012,suatu penilaian ringkas.



Di sebalik dilema dan konflik politik tanah air yang yang seret dengan pelbagai isu yang “meloyakan”,saya berpeluang untuk turut mengikuti perkembangan kempen pilihan raya yang bakal berlangsung tahun depan.Setakat ini calon republican merupakan antara focus yang paling menarik kerana kebanyakan masih kabur dan tidak pasti siapakah yang bakal dijadikan calon utama bagi parti Republikan.Mengikut kajian Gallup Poll yang disiarkan di laman webnya,sekitar pada 30 November sehingga  7 Disember antara calon pilihan yang menjadi pencabar utama adalah Newt Ginrgrich dan Mitt Romney.Gingrich yang telah pun mencipta kontoversi kerana dengan jahilnya mendakwa “Palestin tidak wujud” pada 10 Disember 2011.(saya telah pun menyanggah dakwaan beliau di sini )

Juga telah menjadi tradisi pada setiap kali menjelang pilihan raya akan diadakan pelbagai siri-siri debat yang menampilkan calon-calon presiden baik daripada Republikan atau Demokrat untuk mempromosi idea-idea mereka dalam mentadbir negara.Saya cuba menekuni setiap siri debat yang diadakan dan pada hemah saya beberapa isu yang menarik timbul pada sesi pra-pilihan raya ini.

We're under great threat because we occupy so many countries. We're in 130 countries. We have 900 bases around the world. We're going broke. The purpose of al-Qaeda was to attack us, invite us over there, where they can target us. And they have been doing it. They have more attacks against us and the American interests per month than occurred in all the years before 9/11. But we're there, occupying their land. And if we think that we can do that and not have retaliation, we're kidding ourselves. We have to be honest with ourselves. What would we do if another country, say China, did to us what we do to all those countries over there?”

Ucapan berikut merupakan ucapan Ron Ernest Paul,calon Republikan bagi jawatan Presiden untuk pilhanraya 2012 akan datang ketika menghadiri sesi Debat Presiden Republikan(Republican Presidential Debate) pada 12 September 2012.Hujah beliau disambut dengan ejekan penonton dan hujah-hujah balas yang agak kuat dari kalangan calon-calon lain.Ini tidak mengairankan kerana lokasi perdebatan tersebut adalah di kawasan Florida,yang merupakan kubu kuat Zionist serta memuatkan peratusan bangsa Yahudi yang ketiga terbesar(4.3% yakni seramai 641,000 orang) di Amerika Syarikat. Malah andai anda mengikuti siri-siri pilihanraya lepas,kebanyakan ucapan-ucapan manifesto di Florida adalah berkisarkan tentang polisi luar Amerika terhadap Timur tengah,terutama sekutunya Israel..


Menarik untuk dikaji apabila ucapan-ucapan seperti ini agak jarang timbul dalam arena politik Amerika.Ini merupakan satu pengakuan “berani mati” yang juga selari dengan sejarah,dan bukan seperti yang biasa diputar belit oleh Kongress dan media Kerajaan Amerika.Malah Ron Paul menyambung lagi:

“So, this whole idea that the whole Muslim world is responsible for this and they're attacking us because we're free and prosperous, that is just not true. Osama bin Laden and al-Qaeda have been explicit. They have been explicit, and they wrote and said that we attacked—we attacked America because you had bases on our holy land in Saudi Arabia, you do not give Palestinians a fair treatment, and you have been bombing—I didn't say that, I'm trying to get you to understand what the motive was behind the bombing. At the same time, we had been bombing and killing hundreds of thousands of Iraqis for 10 years. Would you be annoyed? If you're not annoyed, then there's some problem.”

Jelas Ron Paul dalam hal ini berpijak pada bumi yang nyata,namun persoalannya adakah retorik seperti ini mampu menambat hati dan memancing pengundi?

Ron Paul sememangnya mempunyai “track record” yang agak kuat dalam mengkritik dasar luar Amerika dan memperjuangkan hak asasi manusia.Buku-bukunya seperti Liberty Defined: 50 Essential Issues That Affect Our Freedom (2011), End The Fed (2009), The Revolution: A Manifesto(2008), Pillars of Prosperity (2008), A Foreign Policy of Freedom: Peace, Commerce, and Honest Friendship (2007), dan The Case for Gold (1982) banyak menyentuh isu-isu berkaitan dengan kepincangan hak asasi manusia di Amerika(saya masih belum membaca buku-bukunya,namun sekadar membaca review-review yang ditulis).Malahan ketika menyaksikan sesi perdebatan CNN pada 22 November   yang lalu,saya agak terkejut apabila beliau antara yang tunggal berpendirian untuk mengharamkan “Patriotic Act”(Oct 2001) andai kata beliau dilantik menjadi Presiden yang baharu.

Namun ini bukanlah menunjukkan beliau seorang calon yang bersikap lembut pada keganasan dan gerakan pengganas.Malah tiada sebarang janji mahupun pendirian yang jelas beliau terhadap isu umat Islam,tidak seperti Obama yang suatu ketika dulu melahirkan “harapan baru” untuk dunia Islam,yang akhirnya kini menjadi “pak turut” rejim Zionis sehingga digelar “the first American Jewish President”.

Manakala Gingrich dan Romney yang disebut-sebut mempunyai peluang yang cerah ke peringkat yang seterusnya mempunyai pandangan yang sangat “hostile” terhadap Palestin.Gingrich,dalam Debat Presiden yang bertarikh 10 Disember menuduh bahawa kesemua rakyat Palestin sendiri adalah pengganas, "Somebody oughta have the courage to tell the truth: These people are terrorists. They teach terrorism in their schools.".Romney pula pada sesi debat yang sama jelas menunjukkan dasar kehambaan beliau kepada rejim zionis,dengan menegaskan bahawa: "We let the Israeli leadership describe what they believe the right course is going forward”.Beliau seterusnya menyatakan bahawa setiap kali ingin melakukan kenyataan rasmi berkaitan dengan isu timur tengah beliau akan menelefon Benjamin Netanyahu untuk mendapatkan kepastian,; “Would it help if I said this? What would you like me to do? Let's work together, because we're partners."

Pilihan raya di Amerika bakal menentukan apakah langkah seterusnya pentadbiran Amerika dalam mengekalkan hegemoninya dalam orde dunia akan datang.Dengan ekonomi China yang semakin meningkat mendadak,deficit Amerika yang kini kian membuat sehingga menyamai(atau kini sudah melebihi) GDP negara mereka,dasar luar terhadap Palestin,Israel,dan juga pemerintahan-pemerintahan baharu di negara-negara Arab selepas revolusi.Saya secara peribadi tidak menaruh harapan yang banyak akan sebarang perubahan positif dalam polisi pentadbiran Amerika,Namun tiada apa yang mustahil kerana dunia ini sungguh kompleks untuk kita meramalkan sesuatu dengan yakin.

1 comments:

Muzammil said...

Analisis yang sangat menarik,teruskan menulis saudara. :)

Post a Comment