*Artikel ini ditulis pada hari rabu,8 Disember 2010 dan disiarkan di blog saya yang lalu.Konteksnya masih relevan dan dapat diambil sedikit iktibar.
Betapa kembara serta musafir saya di bumi kuala lumpur,bandar metropolitan ini membuatkan saya begitu sibuk dan asyik dengan pelbagai perkara.Sehinggakan aktiviti penulisan blog ini tergendala buat hampir seminggu lebih.Kekangan sebeginilah yang memenjara saya dari menukilkan sebarang tulisan sungguhpun pelbagai idea dan ragam ingin saya coretkan di blog “usang” ini.Dan Alhamdulillah,pada hari ini saya diberikan sedikit ruang semula untuk menulis.
.................................................................................................................................
Sesungguhnya kembara saya di bumi “moden” ini bukanlah suatu perkara yang sia-sia.Pelbagai sitkom-sitkom manusia yang menarik dan pelbagai dapat saya kaji dan hayati.Sememangnya “geng” bandar ini banyak ragam dan “pe’el”nya(sikap dlm bahasa terengganu).Namun untuk post kali ini saya tertarik untuk berbicara perihal dunia kanak-kanak moden yang menghuni zaman IT hari ini.
“Fifi!!(bukan nama sebenar),meh turun makan,kang lauk sejuk kang...”
“jap mak!!japgi fifi pegi makan,ngah main game ni”
Jenuh kudrat seorang ibu memanggil anaknya untuk turun menikmati sarapan pagi(yang sebenarnya dah dekat tengahari).Namun si anak hanya terpaku di hadapan skrin komputer yang telah ditatap sejak matanya celik dari bangun tidur.Itulah “sarapan” dan mungkin “malan malam”nya.Malah inti harinya hanya diisi dengan “date” yang begitu panjang bersama game-game fantasi dan khayalan-khayalan yang indah.
“kalau rumah ni terbakar,agaknya game tulah yang diselamatkan dahulu”hati saya merungut.Kepala hanya mampu menggeleng,pelik dengan trend adik-adik muda hari ini.
Mungkin ada yang menyimpulkan:
“Lepak ar bro,ni lah budak-budak zaman sekarang..mana layan dah benda-benda lain...skunk da moden,dah bandar”
“Nak men per gi,ni la best...baru real adventure”
Betulkah begitu?benarkah geng-geng “bandar” ini kesemuanya begitu?Saya tidak tahu,dan saya tidak mahu membuat sebarang kesimpulan negatif kerna istilah “tepuk dada tanya selera” itu mungkin suatu komen yang cukup untuk dijadikan justifikasi.Namun satu perkara yang saya pasti,saya dibesarkan dalam dunia desa serta zaman yang berbeza.Suatu zaman di mana hampir semua yang sebaya dengan saya sudi bersahabat dengan alam.Kerna alamlah teman sepermainan kami yang setia.
CERITA 1
“Imran!!cepatlah.. lubuk nih”
Baju yang dipakai sudah lencun bermandikan peluh.Air sungai yang perlahan-lahan beralir dengan penuh sopan telah kami redah sehingga mencecah lutut dalamnya.Namun “perjuangan” tidak akan terhenti,kerna kami pergi dengan misi dan tidak akan pulang selagi “peperangan “ ini tidak mencapai kemenangan.
“Woi,aku dah nampak dah...ikan haruan,besar kot!!”
“Hanis,ko ready kat hujung sana,kang dia lari alur sana..kita kepung dulu,baru serbu,Imran..ko gi settlekan,aku jaga sini.”
Kami semua hanya mengangguk,akur dengan arahan “kapten” angkatan perang kami.Musuh sudah berjaya dikesan,dan bakal ditumpaskan.
“Ok!!ready...satu,dua, GO!!!!”
Maka wujudlah aksi terkam menerkam dengan rakus.Tangan yang sudah sentiasa dilatih, cekap memegang ikan haruan dengan begitu kemas.Batang pancing bukanlah pilihan.”Kurang effisien”bak kata kapten kami.Maka senjata kami bukanlah batang pancing yang nilainya beratus-ratus ringgit,hanya berbekalkan sepasang tangan anugerah tuhan.Namun walaupun begitu,haruan sungai tetap berjaya ditundukkan.
”Sebijak-bijak ikan berenang,akan tumpas di tangan manusia juga”.Kami ketawa gembira.Puas dengan tangkapan dan kemenangan “peperangan” pada hari itu sungguhpun masing-masing tahu kegembiraan itu akan berakhir apabila semuanya pulang ke rumah.
“Balik nie comfirm kene marah ngan mak aku,sape suruh gi basahkan baju ni”Masing-masing hanya tersenyum.
CERITA 2
Hutan yang serba hijau lembut menyapa kami.Malah angin bayu juga tidak sombong untuk bertegur sapa,sehinggakan panas matahari tengahari itu langsung tersembunyi.Tengahari iti anak-anak kecil yang berusia lingkungan 10-12 tahun tekun merentas hutan dan semak samun untuk menjayakan ekspedisi “menjajah alam” mereka.
“Woi..berapa lama lagi nak berjalan ni”
“alah..ko ikut je lah...lepas hutan ni ada kampung kat sebelah sana.”
Sungguhpun hutan hijau itu cukup mesra menyambut tetamunya,namun tidak semua yang menafsir kedatangan kami sebagai suatu kunjungan.Malahan nyamuk-nyamuk hutan ini mungkin teruja kerna anak-anak kecil inilah menjadi sumber rezeki kaum mereka.Darah manusia bukanlah darah biasa,malah lauk first class!!
“Hanis,cepatlah..aku dah kene gigit nyamuk dah nie,bila nak sampai?”
“Entah,dari tadi kita berjalan,bilanya nak sampai?kau tau jalan tak nie?
Hanis tiba-tiba memberi isyarat diam.
“kau dengar tak bunyik tu??”
Kami semua terpaku,bisu.Masing-masing sudah mula panik.Telinga ini cuba difokuskan pada bunyi sekeliling.
“PRAP!!!”
Sebatang pokok yang setinggi hampir 4 meter tiba-tiba rebah ke tanah.
“HANTU!!!!!!”
Maka berlakulah sesi lumba lari olimpik peringkat kampung.Masing-masing berlari pecut seakan larian mereka itulah yang menentukan hidup dan mati mereka.Yang gemuk,berisi,dan sakit kaki kesemuanya secara tiba-tiba mampu memerah kudrat seorang atlit sukan kampung yang mampu mengalahkan kesemua Ussain Bolt!.
Begitulah anak-anak kecil yang dibesarkan dengan cerita-cerita hantu desa ini mula menafsirkan reaksi alam ini sebagai suatu petanda hadirnya makhluk-makhluk paranormal yang menakutkan.Namun cerita-cerita seperti ini yang mewarnai liku-liku kembara kecil kami dalam mengenal dunia.Malahan yang menjadi guru dan teman itu sendiri adalah alam semula jadi yang tidak pernah jemu untuk bercerita tentang dunia dan seisinya.Subhanallah.
KITA MENGHUNI DUA ZAMAN YANG BERBEZA
Namun kanak-kanak muda hari ini sudah mula memulaukan alam.Mereka lebih asyik untuk hidup dalam fantasi yang disuapkan oleh syarikat-syarikat game Barat dan Jepun.Mereka lebih selesa memenjara diri mereka di dalam rumah dan bilik yang sempit untuk berkhalwat denganfacebook,twitter dan laman-laman sosial yang ada.Malahan anak-anak muda ini lebih sudi untuk berhubung dengan rakan-rakan mereka melalui platform-platform sepertiDOTA,C.STRIKE,HALF LIFE dan sebagainya.
“Salahkah bermain dan berhibur seperti itu?”
Saya hanya mampu tersenyum untuk soalan seperti itu.Ini jawapan saya:
“Berpada-padalah,kerna alam itu pernah berbisik kepadaku,bahawa mereka semua rindu untuk bercerita dan bermain bersama dengan teman-teman manusia seperti masa dahulu,ya...seperti zamanku.”
Alam itu sentiasa sudi,namun persoalannya sudikah anda untuk bersahabat dengan alam??
1 comments:
I really like this one. :)
Post a Comment