Thursday, January 26, 2012

Ucapan "State of Union" Obama,2012,satu retorik pilihan raya atau kebuntuan arah tuju?(bahagian 1)



Tanggal 24 Januari 2012 merupakan antara tanggal penting,terutama kepada rakyat dan pemerhati politik Amerika Syarikat  dalam gerak sejarah yang bakal terlakar pada tahun 2012 ini.Pada tarikh tersebut Presiden Obama telah membentangkan agendanya dalam ucapan “state of union” yang juga merupakan ucapan ketiganya sepanjang beliau memegang jawatan Presiden di hadapan ahli kongres di Capitol Hill,Washington.

Ucapan “State of the Union” adalah satu tradisi tahunan yang wajib disampaikan oleh setiap presiden Amerika syarikat dan kebiasaannya diadakan pada hujung bulan Januari setiap tahun.Asalnya perkara ini bermula sejak daripada presiden Amerika yang pertama,George Washington pada tanggal 8 Januari 1790 dan kemudiannya dihentikan ketika era Thomas Jefferson(1801).Wodrow Wilson kemudiannya menghidupkan semula tradisi ini  dan kemudiannya diteruskan oleh pemimpin-pemimpin selepasnya sebagai  satu aktiviti tahunan sehingga ke hari ini.

Majlis ini sunguhpun tidak mempunyai undang-undang bertulis untuk mewajibkan bagi setiap presiden yang masih lagi berkuasa  untuk turut serta namun kebiasan ini telah  sebati dengan rakyat Amerika yang menganggap ruang ini sebagai satu peluang untuk mereka mendengar sendiri perancangan pemimpin mereka dalam mengepalai jentera pentadbiran negara.Malahan perkara ini juga selari dengan kehendak perlembagan Amerika,pada artikel II,bahagian 3 yang menggariskan ruang kuasa dan tugas seorang Presiden:

“He shall from time to time give to Congress information of the State of the Union and recommend to their Consideration such measures as he shall judge necessary and expedient.”

Pada 24 januari baru-baru ini merupakan giliran Obama sebagai Presiden Amerika yang ke-44 untuk menyambut legasi ini.Penulis sempat menonton secara langsung siaran majlis ini di laman Youtube.Usai meneliti ucapan sepanjang hampir 60 minit lebih itu,beberapa kekurangan dan kelainan yang dapat dikenal pasti.Terdapat sesuatu kehilangan dan kelompongan dari intipati pengucapan Obama,sesuatu yang tidak lengkap.


Seorang kolumnis majalah Time,Tony Karon,juga menzahirkan kebingungan yang sama pada makalahnya yang disiarkan di laman web Times(25 januari 2012) dengan menyebut:

“Strategic decision-makers in the Middle East, Europe and Asia who stayed up late to catch President Barack Obama’s State of the Union address on Tuesday may have initially wondered why they had bothered. In sharp contrast to the Bush era when three quarters of a typical SOTU address covered matters of national security and the projection of power abroad, Obama had precious little to say about his intentions on the global stage”

Ruang dasar luar yang sangat sedikit dalam pembentangan Obama untuk tahun 2012 kali ini adalah sesuatu yang jarang berlaku dan lari daripada arus-arus biasa dalam agenda-agenda yang dikemukan oleh presiden-presiden sebelumnya.

G.W.Bush misalnya,dalam ucapan “state of the Union” pada 28 januari 2008 menyentuh dengan panjang lebar tentang perancangan Amerika syarikat dalam pentas global terutama dalam kancah politik Timur tengah.Beliau yang memulakan perang Iraq pada tahun 2001,telah menggunaka hampir separuh masa ucapannya tertumpu pada perancangannya terhadap gerak langkah  dan peranan Amerika seterusnya dalam perang terhadap Al-Qaeda dan Taliban di Afghanistan dan Iraq,konflik dengan Iran tentang isu nuclear,isu genosid di Sudan dan isu Malaria di Afrika.Antara yang menjadi intipati cadangan beliau untuk diluluskan oleh ahli congress adalah;(1)Menambahkan penyertaan pasukan marin seramai 3200 orang,(2) bekerjsama dengan pasukan kepimpinan Iraq(selepas saddan Hussein digulingkan),(3)Meneruskan pembiayaan terhadap program tentera di timur tengah.Seperti mana-mana Presiden sebelumnya juga,Bush tegas menyatakan peranan Amerika sebagai antara penggerak politik dunia yang bertanggungjawab menjaga keamanan global dan menyuburkan ide demokrasi dan hak asasi manusia dan perlunya Amerika campur tangan dalam isu-isu global,seperti yang dilakukan beliau di Iraq untuk menentang “pengganas”:

“We are engaged in the defining ideological struggle of the 21st century. The terrorists oppose every principle of humanity and decency that we hold dear. Yet in this war on terror, there is one thing we and our enemies agree on: In the long run, men and women who are free to determine their own destinies will reject terror and refuse to live in tyranny. And that is why the terrorists are fighting to deny this choice to the people in Lebanon, Iraq, Afghanistan, Pakistan, and the Palestinian Territories. And that is why, for the security of America and the peace of the world, we are spreading the hope of freedom.”

Katanya lagi: “Our foreign policy is based on a clear premise: We trust that people, when given the chance, will choose a future of freedom and peace. In the last 7 years, we have witnessed stirring moments in the history of liberty. We've seen citizens in Georgia and Ukraine stand up for their right to free and fair elections. We've seen people in Lebanon take to the streets to demand their independence. We've seen Afghans emerge from the tyranny of the Taliban and choose a new President and a new Parliament. We've seen jubilant Iraqis holding up ink-stained fingers and celebrating their freedom. These images of liberty have inspired us”

Presiden Amerika sebelum Bush juga,William J. Clinton dalam pengucapannya pada sesi yang sama pada 27 Januari 2000,turut menegaskan perkara banyak polisi-polisi luar yang memerlukan campur tangan Amerika.Pada era Clinton isu-isu seperti perjanjian damai Israel-Palestin 1994,Oslo Accord,pengeboman World Trade Center(1993) juga mendapat perhatian khusus daripada agenda yang ingin dibawakan Clinton.

Malahan apabila kita renungi ucapan “State of the Union” Obama pada tahun sebelumnya(25 Januari 2011) corak yang sama dapat kita lihat pada pembentangannya dengan penekanan yang lebih pada agenda luar negara seperti;(1)ketegasan terhadap rancangan nuclear Korea Utara(2),STAR TREATY,(3)pemburuan Osama Laden di Afghanistan dan Pakistan,(4)dan isu Tunisia.

Namun apakah yang menyebabkan sesi kali ini seakan sangat kosong dan lompong dalam aspek dasar luar negara?

Negara-negara Timur Tengah juga merupakan salah satu kawasan penting buat Amerika.Meneliti sejarah hubungan antarabangsa antara Amerika dengan kawasan Timur Tengah kerana kawasannya yang smenjadi pembekal minyak utama serta mempunyai sekutu kuatnya Israel(sejarah ini akan diterangkan di bahagian dua artikel).Oleh sebab itu adalah satu kehairanan perubahan yang sangat membingungkan apabila isu ini langsung tidak mendapat perhatian seperti sebelumnya pada kali ini.

 Malahan pada tahun 2011 sendiri pelbagai isu global yang menjadi perhatian kesemua negara seperti revolusi Mesir yang menumbangkan sekutu kuat Amerika iaitu dictator Husni Mubarak,pilihan raya Tunisia yang berpihak pada golongan Islamis,permohonan Mahmoud Abbas untuk menjadi sebahagian daripada ahli UN yang mencabar teman rapat Amerika yakni Israel, kematian Gaddafi serta yang paling baharu konflik dengan negara Iran.

Dalam ucapan Obama pada kali isu Iran turut disentuh secara ringkas tanpa sebarang perancangan yang teliti.Katanya: “Let there be no doubt,..America is determined to prevent Iran from getting a nuclear weapon, and I will take no options off the table to achieve that goal.”Kata-kata ini disambut dengan tepukan gemuruh namun Obama kemudiannya segera menyambung: “But a peaceful resolution of this issue is still possible, and far better, and if Iran changes course and meets its obligations, it can rejoin the community of nations.”

Sikap tidak tegas terhadap Iran ini dalah luarbiasa apabila disbandingkan melalui sejarah konflik antara Iran dengan Amerika.Malah kebisuan terhadap sebarang agenda luar negara terutama di kawasan Timur Tengah ini menjadi tanda tanya,atau mungkinkah sebuah petanda bahawa corak dasar luar negara Amerika syarikat pada masa akan datang akan mengambil sikap tidak peduli?ataupun ada udang di sebalik bau yang perlu difahami secara teliti melalui pengucapan beliau?

Yang pasti,ucapan ini perlu diteliti dan dikaitkan dengan sejarah dahulu dan keadaan semasa yang Insyallah akan dikupas pada bahagian akan datang.

1 comments:

jebon said...

mung nok jadi ahli politik ke mende eh?bagus mung nulis.. :P

Post a Comment