Wednesday, January 4, 2012

Ulasan Ringkas Buku:"Crosscurrents:Alternatives voices in our changing time",Farish A.Noor





Ulas Buku:"Crosscurrents:Alternatives voices in our changing time",Farish A.Noor.


Buku nipis ini memuatkan koleksi temu bual Dr.Farish A.Noor(FAN) dengan ramai tokoh terkemuka dalam membincangkan isu-isu Islam di pentas global.Dengan helain sebanyak 115 muka surat ini,FAN membahagikan tema buku ini kepada empat bahagian utama:


1) Challenges of Islam in the modern World(ms 2-47)
2)The Threat of Globalization (ms 48-59)
3)The War against terror (ms 60-85)
4)In a world of conflict (ms 86-112)


Dalam ruangan "Introduction" FAN menggariskan tujuan dan arah tuju buku ini dengan menyebut:


"The internal contradictions that were inherent in the economics models and modes of government in so many ASEAN countries had been laid bare,..Crosscurrents was a column that sought to understand these domestic and regional developments from a wider global perspectives..The scope of Crosscurrents was global from the outset".(ms vii)


Secara umumnya juga konteks perbincangan di dalam buku ini turut menyentuh isu-isu pluralism,gerakan Islam,konsep hubungan antara negara dan agama,serta gelombang globalisasi dan impaknya pada agama-agama dunia,khususnya Islam.Walaupun FAN cuba untuk menjadikan buku ini sebagai salah satu panduan dan rujukan dalam membina sebuah model baru dari sudut politik dan ekonomi negara ASEAN,namun hakikatnya kebanyakan temu bual yang diselitkan di dalamnya adalah bersifat umum dan agak sukar untuk di "contextualize"kan di bumi ASEAN,terutama Malaysia.Namun garis umum tersebut tetap sepatutnya diambil kira dan memerlukan suatu penelitian dan perkembangan yang baik untuk semua.


Sungguhpun koleksi transkrip-transkrip temu bual ini terdiri daripada pelbagai isu dan diutarakan oleh pelbagai ilmuan antarabangsa yang mempunyai perbezaan pandangan,namun terdapat beberapa persamaan dari segi idea dan pendekatan mereka dalam membahaskan isu-isu dunia Islam iaitu:


1)Pendekatan yang liberal dan terbuka,
2)Mengiktiraf arus modenisasi yang datang dari barat(sama ada secara terpilih atau menerima kesemuanya)
3)Menggesa pendekatan realistik dan mengambil kira unsur-unsur Pluralism dalam sebuah negara.


Tiga isu ini dikongsi oleh kebanyakan mereka yang ditemu bual sunggupun mungkin dari segi metod dan cadangang bagaimana Muslim sepatutnya berdepan dengan isu ini berbeza-beza.Perkara ini sememangnya pada pandangan saya suatu isu yang sangat penting dan menggambarkan "spirit of the times"(ms xi) yang patut diperhalusi oleh gerakan Islamis yang giat berjuang di lapangan politik,mahupun masyarakat.


Beberapa ide-ide di dalam buku mungkin tidak saya persetujui,namun ruangan ini bukanlah menjadi tempat untuk saya coretkannya.Secara umunya buku ini adalah sangat baik untuk diteliti dan dicadangkan untuk pembacaan untuk memahami pandangan-pandagan tokoh-tokoh seperti Rachid Ghanoushi,Abdullah an na'im,Nurcholish Majid,Khalid Masud,(saya tidak beberapa setuju dengan beebrapa pemilihan tokoh-tokoh ini yang saya fikir terlalu "liberal oriented" dan tidak memberi ruang mereka-mereka yang dari "school of thoughts" yang lebih berbeza untuk memberi komentar,namun sya hormati pilihan penulis).


Sekian.

1 comments:

Rashidah A Hamid said...

Thanks for this review. Would you mind terribly if I copy and publish it on the BukuProject?

Post a Comment