- Artikel panjang ini(10+ helaian) ditulis pada bulan Disember 2010,merupakan percubaan pertama saya untuk mencoretkan ide-ide dan pandangan dalam bentuk kertas kerja akademik.Banyak kelemahan dan kelonggaran dari segi penyusunan dan penyampaian,namun beberapa perkara di dalamnya masih boleh di ambil pengajaran.-The President.
“Kita sepatutnya memansuhkah hak istimewa orang melayu,secara sosial,ia merupakan suatu perkara yang tida adil kepada masyarakat Malaysia.”
“Orang melayu ini selalu sangat dimanjakan,kalau tidak kerna hak istimewa semua orang melayu tak akan ke mana..”
“Aku lebih suka digelar sebagai bangsa malaysia,bukan bangsa melayu”
Dialog dan pengakuan seperti ini adalah suatu sitkom yang biasa bermain di bibir remaja-remaja yang idealis,bersemangat dan “memberontak”.Mereka seakan sudah berputus asa dengan konsep kaum dan lebih suka menyanjung penyatuan semua kaum dalam satu bangsa yang menjadi tema negara,yakni bangsa Malaysia.Malah isu-isu seperti hak istimewa ini dianggap barah yang menyebabkan gagalnya integrasi kaum, dan intelektual-intelektual “lama” yang cuba mempertahankan konsep ketuanan melayu ini dihukum sebagai kolot.
Suatu dunia dan persepsi remaja masa kini yang sangat membimbangkan kerajaan,dan diapi-apikan pembangkang.
Dalam konteks ini,tulisan saya mungkin akan cuba menggali permasalahan perkauman dan ketuanan melayu ini dalam suatu dimensi yang berbeza.Fokus perbincangan saya bukan untuk untuk mengeluarkan sebarang fatwa tentang “hak ketuanan orang melayu” mahupun untuk “mohon derhaka” kepada raja-raja melayu.Berikut ini hanyalah merupakan pandang sisi saya yang serba daif ini,sebagai seorang remaja yang masih lagi kerdil dalam menafisr dunia.Sebarang kritikan sangat dialu-alukan.
Perlayaran gelombang 1Malaysia
Sudah hampir dua tahun lebih konsep 1Malaysia ini bertandang di pelusuk masyarakat majmuk Malaysia.Bermula pada 16 september 2008,ketika ia masih lagi dalam perangkaan PM Dato’ seri Najib Tun razak(1) aura dan namanya sudah dilaung-laungkan sehinggakan impaknya hari menjangkiti pelbagai aspek kehidupan kita;bermula dari salam 1malaysia(yang menggantikan ucapan Assalamualaikum) sehinggalah terbina pelbagai lagi bangunan yang memakai namanya dengan gah.Malah falsafah perpaduan kaum(2) yang menjadi tunjang dan junjungan arkiteknya ini sering disebut sebagai “ubat”yang mujarab untuk umat Malaysia pada hari ini.Seperti yang disebut oleh PM Dato’ seri Najib Tun razak:
“1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan kaum di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum,berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan rakyat Malaysia”(3)
Namun,se-gah nama dan auranya,adakah impian dan “ubat” yang dipromosikan oleh oleh perdana menteri kita ini berjaya mencapai objektifnya.Mungkin pelbagai pihak ramai yang bertelagah dalam isu ini,namun pada hemah saya, sungguhpun ada sedikit perkembangan yang membanggakan,namun secara holistiknya “ubat” perdana menteri masih lagi belum berjaya merawat “penyakit” yang melanda rakyat Malaysia.Buktinya,masih wujud sentimen-sentimen perkauman yang dimainkan dalam kalangan politik,cemuhan rakyat tentang isu perkauman,kritikan tentang bangsa melayu dan hak istimewa melayu dan sebagainya(4)
Malah yang paling baharu,isu ketuanan melayu yang dipersoalkan oleh segelintir pihak-pihak tertentu yang mencetuskan perdebatan yang saya kira “bermusim” ini telah berjaya mensensasikan negara dan melariskan akhbar-akhbar tempatan!
Masih belum ada solusi dan “ubat” yang dapat menoktahkan perkara ini.Di sebalik perdebatan intelektual tempatan ini,saya yang serba dangkal ini melihat bahawa ketuanan melayu ini bukanlah suatu permasalahn yang utama.Kerna isu ketuanan melayu ini muncul akibat sikab “prejudis” kaum yang bercambah dalam setiap strata kaum dan parti politik.Maka ketuanan melayu ini adalah sebenarnya suatu akibat,yang timbul selepas gagalnya negara kita menintegrasikan masyarakat majmuk kita ini di bawah suatu payung yang lebih kukuh.
Sorotan sejarah:Peluang yang terbiar
Leia Mais…