Showing posts with label Reminder. Show all posts
Showing posts with label Reminder. Show all posts

Wednesday, February 1, 2012

Dialog sang Pengemis



Artikel ini ditulis pada 15 November 2010,pernah tersiar di blog lama

Cuaca mendung.Matahari yang mula beransur mengatur langkah untuk beredar dari tatapan manusia sudah mula mengalih suluhan cahanya ke dinding-dinding langit.Awan juga sudah berarak perlahan,mengusung segala macam kenangan dan penyaksian.

Langit mula kesepian.

Namun,suasana pekan petang itu tetap riuh dengan ributan manusia.Cina,India,dan Melayu masing-masing sibuk menguruskan isi-isi dunia tanpa letih dan lesu.Kereta-kereta juga masih sesak memenuhi ruang-ruang jalan,lampu-lampu juga masih setia berkelip dan segala hidupan masih seakan belum sedar akan lambaian siang.

“Selamat tinggal siang”si pengemis tua itu melambai seorang diri.Mata kecilnya menatap langit yang makin kelam.Dalam renungannya itu tertulis makna yang dalam,kerna hanya dia yang lebih mengerti akan erti sebuah hari.

“Hari ini masih lagi dapat hidup,syukur.”

Tangannya erat menggengam bungkusan nasi kosong,hasil simpati dan ihsan manusia-manusia yang punya jiwa yang kaya.Dibelai-belai nasi itu dengan lembut.Jarang sekali si pengemis tua ini dapat makan malam berlaukkan nasi kosong,malah untuk mencari makanan sekalipun ibarat menjala mutiara di lautan luas.Namun,ini hari bertuahnya,hari yang mampu untuk dia menjawab kejian-kejian nafsu lapar yang selalu terabai.Segala puji bagi tuhan.

Leia Mais…

Friday, January 27, 2012

Antara Dua Zaman

*Artikel ini ditulis pada hari rabu,8 Disember 2010 dan disiarkan di blog saya yang lalu.Konteksnya masih relevan dan dapat diambil sedikit iktibar.




Betapa kembara serta musafir saya di bumi kuala lumpur,bandar metropolitan ini membuatkan saya begitu sibuk dan asyik dengan pelbagai perkara.Sehinggakan aktiviti penulisan blog ini tergendala buat hampir seminggu lebih.Kekangan sebeginilah yang memenjara saya dari menukilkan sebarang tulisan sungguhpun pelbagai idea dan ragam ingin saya coretkan di blog “usang” ini.Dan Alhamdulillah,pada hari ini saya diberikan sedikit ruang semula untuk menulis.

.................................................................................................................................

Sesungguhnya kembara saya di bumi “moden” ini bukanlah suatu perkara yang sia-sia.Pelbagai sitkom-sitkom manusia yang menarik dan pelbagai dapat saya kaji dan hayati.Sememangnya “geng” bandar ini banyak ragam dan “pe’el”nya(sikap dlm bahasa terengganu).Namun untuk post kali ini saya tertarik untuk berbicara perihal dunia kanak-kanak moden yang menghuni zaman IT hari ini.

“Fifi!!(bukan nama sebenar),meh turun makan,kang lauk sejuk kang...”

“jap mak!!japgi fifi pegi makan,ngah main game ni”

Jenuh kudrat seorang ibu memanggil anaknya untuk turun menikmati sarapan pagi(yang sebenarnya dah dekat tengahari).Namun si anak hanya terpaku di hadapan skrin komputer yang telah ditatap sejak matanya celik dari bangun tidur.Itulah “sarapan” dan mungkin “malan malam”nya.Malah inti harinya hanya diisi dengan “date” yang begitu panjang bersama game-game  fantasi dan khayalan-khayalan yang indah.

“kalau rumah ni terbakar,agaknya game tulah yang diselamatkan dahulu”hati saya merungut.Kepala hanya mampu menggeleng,pelik dengan trend adik-adik muda hari ini.


Mungkin ada yang menyimpulkan:

“Lepak ar bro,ni lah budak-budak zaman sekarang..mana layan dah benda-benda lain...skunk da moden,dah bandar”


“Nak men per gi,ni la best...baru real adventure”

Betulkah begitu?benarkah geng-geng “bandar” ini kesemuanya begitu?Saya tidak tahu,dan saya tidak mahu membuat sebarang kesimpulan negatif kerna istilah “tepuk dada tanya selera” itu mungkin suatu komen yang cukup untuk dijadikan justifikasi.Namun satu perkara yang saya pasti,saya dibesarkan dalam dunia desa serta zaman yang berbeza.Suatu zaman di mana hampir semua yang sebaya dengan saya sudi bersahabat dengan alam.Kerna alamlah teman sepermainan kami yang setia.

Leia Mais…

Monday, January 2, 2012

Nilai dan Hukum,antara boleh dan betul.




"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qisas berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh; orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba, dan wanita dengan wanita. Maka barangsiapa yang mendapat suatu pemaafan dari saudaranya, hendaklah (yang memaafkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi maaf) membayar (diat) kepada yang memberi maaf dengan cara yang baik (pula). Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu dan suatu rahmat. Barangsiapa yang melampaui batas sesudah itu, maka baginya siksa yang sangat pedih" (Al-Baqarah:178)

Cerita 1:Zainuddin yang kehilangan ayahnya akibat dibunuh oleh seorang lelaki misteri nekad untuk menuntut keadilan.Maka telahpun dia usahakan pelbagai cara serta usaha,dengan menghabiskan banyak wang untuk menyiasat siapakah pembunuh ayahnya.Dalam hatinya rasa marah dan dendam telah menjadi obor yang menyalakan semangatnya untuk membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.Selama 10 tahun dia tidak tenang,sentiasa resah,kesal,benci kerana masih belum melunaskan hutangnya kepada kematian ayahnya.

Cerita 2: Amin seorang samseng mafia yang telah menjadi dalang membunuh ayah Amin.Dua tahun selepas kejadian pembunuhan tersebut Allah telah membalas dosanya dengan mengambil nyawa anak-anaknya dan isterinya dalam sebuah kemalangan.Sejak dari itu dia mula insaf,kesal dengan segala salah laku yang telah dibuatnya sepanjang bergelumang dalam dunia mafia.Maka beliau nekad untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya untuk keluar dari dunia hitam ini dan mula berbakti pada dunia.Dia memilih untuk membina rumah anak yatim,yang bapa atau ibunya mati dalam apa jua keadaan.Sehinggalah 10 tahun,dia hidup dalam keadaan tenang dan gembira,syukur kerana telah dikurniakan hidayah sebelum dia pergi menemui Yang Maha Esa.

Cerita 3:Ditakdrikan kedua-duanya bertemu.Zainuddin ingin menuntut bela terhadap kematian bapanya. “Nyawa mesti dibayar dengan nyawa”.Amin segera memohon keampunan dan menyataka beliau telah bertaubat .Malah kematiannya akan menyebabkan ramai anak-anak yatim yang bergantung harap padanya akan terabai dan tidak lagi akan  dijaga.Zainuddin serba salah.Selama 10 tahun dia cuba menjejaki Amin untuk melumatkan rasa kesalnya, “Nyawa engaku adalah hak aku”.

Leia Mais…

Tuesday, December 20, 2011

Pesan buat Mahasiswa


Hari ini berdemo lagi,

Hari lusa kita berkumpul lagi,
minggu depan bermadah lagi,
bulan depan berforum lagi,
Tahun depan kita merusuh lagi,
Gunalah sepenuhnya ruang demokrasi,
Namun jangan terjerat perangkap anarki.

Mahasiswa O' mahasiswa, 
Yang berjiwa kental,lantang bertenaga,
dalam pekikan menjulang idealisme,
Fahamkah kita realiti dunia?

Idea kebebasan menjadi wacana,
Rejim kejam musuh utama,
politik kotor kuat dicerca,
budaya intelektual hendak dijana,
Itulah asiprasi mahasiswa negara,
Namun,
kita tertanya,menepuk dada tanya selera,
Sudahkah intelektualisme tersemat di dada?
Sudahkah ilmu dikasih dicinta?,
atau masih berfb sepanjang masa?

Mahasiswa O' mahasiswa, 
Yang berjiwa kental,lantang bertenaga,
dalam pekikan menjulang idealisme,
Fahamkah kita realiti dunia?

Ayuh bangkit mahasiswa malaysia,
Berbekal ilmu kita melangkah mara,
Buanglah ego,sedikitkan berbicara,
Hentikan mengumpat,banyakkan membaca,
Kerna ilmu yang memberi cahaya,
dalam gerakmu mengubah layar bahtera.

Leia Mais…

Tuesday, December 13, 2011

Transisi Algeria





Pada hujung 1960-an Gerakan Islam di Algeria dikatakan mula muncul di pentas politik ketika wujud konflik identiti antara golongan elitis yang menaja budaya Barat(Perancis) dan orang-orang bawahan.Gerakan-gerakan yang wujud kebanyakannya mendapat inspirasi daripada tokoh-tokoh dari kalangan Ikhwan Muslimin serta Jamaat i' Islami,dan beberapa tokoh intelektual seperti Muhammad Abduh dan Muhamamd Iqbal.

Sehinggalah lewat 1970-an,kehadiran gerakan-gerakan Islam ini menjadi pelopor kepada transisi masyarakat Algeria ke arah yang lebih matang.John L.Esposito mencatatkan:

"..a transition occured from a focus on issues of culture and ritual to a more comprehensive Islamism that stressed life in a more Islamic political and social order.Small grup congregated and shared ideas at the mosques:'These were no longer lessons dealing with how to pray or perform a fast and all that.No,these were lessons at a high level in which we explained,or we searched for a method by which we could..And we touched on all the problems which Algerian nation was confronting.We spoke about everything.Of all situations,the economy,of all aspects of life"-Islam and Democracy,ms154

Perkembangan mentaliti juga dapat kita nilai melalui isu-isu dan fokus perbincangan di masjid-masjid yang perlu dipelbagaikan dan tidak lagi terpenjara dalam lingkungan fiqh ibadat(khusus) atau tawhid sahaja.



Walaupun tidak dinafikan pentingnya unsur-unsur tawhid dan fiqh dalam membahaskan sesuatu perkara,namun apabila berlegar di ruang sempit ini sahaja menyebabkan kita gagal mencapai maqasid syariah itu sendiri.


Perseimbangkan wacana,membudayakan ilmu,mengkritiskan pemikiran.  :)

Leia Mais…

Saturday, December 10, 2011

Kontangnya tujuan hidup kita,sempitnya dakwah kita



Wanita bertudung di atas merupakan pemenang “TEDxIB@York 2011 student competition”,seorang pelajar IB biasa yang masih muda(17 tahun) namun mempunyai cita-cita yang tinggi untuk mengubah dunia. Amal Ahmed Albaz,seorang pelajar di White Oaks Secondary School,Oakville telah bepidato di pentas itu meminta kita semua merenung semula; “Apakah sumbangan kita pada dunia?”, “Sudahkah kita memanfaatkan bakat dan kehidupan yang tuhan kurniakan kepada kita untuk tujuan kebaikan”.

Mungkin ada yang tersenyum,lega kerana sekurang-kurangnya “kami dah join organisasi Islam?”,namun cukupkah hanya menyertai sahaja?

Amal kemudiannya meminta kita renungi falsafahnya “5 before 5”,yakni yang dipetik daripada hadis nabi Muhammad S.A.W:

“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, yaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian.” (Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)

Benar hidup ini berjalan,berputar dan hari juga saling silih berganti.Perlahan-lahan masa itu ibarat sebuah kenderaan yang memandu kita menempuhi kelima-lima tanda ini.Namun sugguhpun tidak ramai yang ambil peduli.

Leia Mais…

Tuesday, December 6, 2011

What I can offer You?

Writing historically is arguably one of the most important medium for the intellectuals to convey what they ought is/are the truth(s) to the audience,the society.I am no scholar or even an intellectual.I've hold no degree in an particular fields but God had blessed me with this intellect to distinguish between Haq and Batil so via writing i hope that this humble attempt to share my understanding of the world might help,if not all,some in this vast globalized society.




May I remind you that I could be wrong in my arguments thus It would be very helpful if one can criticizes   any part of my works if one find it misleading.


Leia Mais…