- Artikel panjang ini(10+ helaian) ditulis pada bulan Disember 2010,merupakan percubaan pertama saya untuk mencoretkan ide-ide dan pandangan dalam bentuk kertas kerja akademik.Banyak kelemahan dan kelonggaran dari segi penyusunan dan penyampaian,namun beberapa perkara di dalamnya masih boleh di ambil pengajaran.-The President.
KetuananMelayu:krisis dan hakikat yang tersembunyi
“Kita sepatutnya memansuhkah hak istimewa orang melayu,secara sosial,ia merupakan suatu perkara yang tida adil kepada masyarakat Malaysia.”
“Orang melayu ini selalu sangat dimanjakan,kalau tidak kerna hak istimewa semua orang melayu tak akan ke mana..”
“Aku lebih suka digelar sebagai bangsa malaysia,bukan bangsa melayu”
Dialog dan pengakuan seperti ini adalah suatu sitkom yang biasa bermain di bibir remaja-remaja yang idealis,bersemangat dan “memberontak”.Mereka seakan sudah berputus asa dengan konsep kaum dan lebih suka menyanjung penyatuan semua kaum dalam satu bangsa yang menjadi tema negara,yakni bangsa Malaysia.Malah isu-isu seperti hak istimewa ini dianggap barah yang menyebabkan gagalnya integrasi kaum, dan intelektual-intelektual “lama” yang cuba mempertahankan konsep ketuanan melayu ini dihukum sebagai kolot.
Suatu dunia dan persepsi remaja masa kini yang sangat membimbangkan kerajaan,dan diapi-apikan pembangkang.
Dalam konteks ini,tulisan saya mungkin akan cuba menggali permasalahan perkauman dan ketuanan melayu ini dalam suatu dimensi yang berbeza.Fokus perbincangan saya bukan untuk untuk mengeluarkan sebarang fatwa tentang “hak ketuanan orang melayu” mahupun untuk “mohon derhaka” kepada raja-raja melayu.Berikut ini hanyalah merupakan pandang sisi saya yang serba daif ini,sebagai seorang remaja yang masih lagi kerdil dalam menafisr dunia.Sebarang kritikan sangat dialu-alukan.
Perlayaran gelombang 1Malaysia
Sudah hampir dua tahun lebih konsep 1Malaysia ini bertandang di pelusuk masyarakat majmuk Malaysia.Bermula pada 16 september 2008,ketika ia masih lagi dalam perangkaan PM Dato’ seri Najib Tun razak(1) aura dan namanya sudah dilaung-laungkan sehinggakan impaknya hari menjangkiti pelbagai aspek kehidupan kita;bermula dari salam 1malaysia(yang menggantikan ucapan Assalamualaikum) sehinggalah terbina pelbagai lagi bangunan yang memakai namanya dengan gah.Malah falsafah perpaduan kaum(2) yang menjadi tunjang dan junjungan arkiteknya ini sering disebut sebagai “ubat”yang mujarab untuk umat Malaysia pada hari ini.Seperti yang disebut oleh PM Dato’ seri Najib Tun razak:
“1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan kaum di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum,berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan rakyat Malaysia”(3)
Namun,se-gah nama dan auranya,adakah impian dan “ubat” yang dipromosikan oleh oleh perdana menteri kita ini berjaya mencapai objektifnya.Mungkin pelbagai pihak ramai yang bertelagah dalam isu ini,namun pada hemah saya, sungguhpun ada sedikit perkembangan yang membanggakan,namun secara holistiknya “ubat” perdana menteri masih lagi belum berjaya merawat “penyakit” yang melanda rakyat Malaysia.Buktinya,masih wujud sentimen-sentimen perkauman yang dimainkan dalam kalangan politik,cemuhan rakyat tentang isu perkauman,kritikan tentang bangsa melayu dan hak istimewa melayu dan sebagainya(4)
Malah yang paling baharu,isu ketuanan melayu yang dipersoalkan oleh segelintir pihak-pihak tertentu yang mencetuskan perdebatan yang saya kira “bermusim” ini telah berjaya mensensasikan negara dan melariskan akhbar-akhbar tempatan!
Masih belum ada solusi dan “ubat” yang dapat menoktahkan perkara ini.Di sebalik perdebatan intelektual tempatan ini,saya yang serba dangkal ini melihat bahawa ketuanan melayu ini bukanlah suatu permasalahn yang utama.Kerna isu ketuanan melayu ini muncul akibat sikab “prejudis” kaum yang bercambah dalam setiap strata kaum dan parti politik.Maka ketuanan melayu ini adalah sebenarnya suatu akibat,yang timbul selepas gagalnya negara kita menintegrasikan masyarakat majmuk kita ini di bawah suatu payung yang lebih kukuh.
Sorotan sejarah:Peluang yang terbiar
Hampir kesemua ahli sejarah sepakat,bahawa Dato Onn adalah insan genius pertama yang melihat bahawa orang melayu perlunya mengadakan integrasi secara menyeluruh,bukan hanya berasaskan parti yang berasingan.Dia juga lantang menyuarakan agar rakyat Melayu tidak terburu-buru untuk merdeka dan menyeru agar perlunya rakyat bersatu terlebih dahulu.Malah dasar “membuka pintu” UMNO itu merupakan cadangan yang telah diusulkannya sendiri dan telah pun dijangkakan olehnya akan mendapat penentangan yang hebat pada 24 dan 25 mac 1951 dalam Majlis Agung Setengah Tahun UMNO,di Hotel Majestic,Kuala Lumpur.(5)
Pada zamannya,selepas pengisytiharan tersebut Dato’Onn dianggap sebagai seorang pengkhianat bangsa.Pelbagai panahan tuduhan yang mula dilontar kepadanya,malah pada saat itu rakyat Melayu seakan lupa bahawa insan yang ditohmah dan dicerca itulah insan yang menyatupadukan mereka.Malah setelah difitnah cuba “me-malayankan tanah melayu”,belia juga dikiritik hebat oleh raja-raja Melayu yang menganggap Dato’Onn sebagai “petualang politik yang cuba mencari kedudukan lebih tinggi dari raja-raja Melayu”.(6)
Malah ada juga sejarawan yang cuba membela tindakan Dato Onn dengan merumuskan bahawa tindakannya bukanlah untuk mengkhianat bangsa,namun sekadar terpengaruh dengan alasan yang diberikan British untuk menangguhkan kemerdekaan tanah Melayu. Seperti saudara Anwar Abdullah menyebut:
“Dipercayai bahawa British mengemukakan beberapa sebab mengapa orang Melayu tidak harus terburu-buru menutut kemerdekaan...(malah) sesetengah anasir-anasir kolonial menakutkan orang-orang melayu tentang kemungkinan tenggelamnya mereka du tengah-tengah bangsa pendatang,seperti cina dan india.Orang Melayu diingatkan untuk supaya mendapat latihan yang mencukupi dan pengalaman yang luas sebelum mengambil alih kekuasaan British untuk menjalankan sebuah pentadbiran yang merdeka.Taraf pelajaran orang Melayu perlu ditingkatkan dan kedudukan ekonomi merekadijamin supaya mereka tidak ketinggalan jauh daripada orang bukan Melayu setelah negara merdeka nanti”(7)
Benarkah Dato Onn sebenarnya sudah terpengaruh dengan propaganda British untuk melengah-lengahkan kemerdekaan tanah Melayu?Sekiranya dikaji dengan teliti,langkah yang disusulkan oleh Dato Onn ini adalah suatu langkah yang penting dan “ubat” yang mujarab untuk menghadapi masalah “prejudi perkauman” ini.Malahan Dato Onn melihat bahawa melalui semangat dan laluan perjuangan memerdekakan tanah Melayu ini adalah medium yang terbaik untuk mengintegrasikan penduduk majmuk tanah melayu.Malah dengan membukakan pintu masuk keahlian kepada orang bukan Melayu ke dalam UMNO,Dato Onn melihat,bahawa beliau mampu menyatukan dan memusatkan tenaga juang kemerdekaan ke dalam satu parti yang kukuh dan secara tidak langsung dapat menamatkan rasa ‘asing” dalam kalangan orang bukan Melayu.Orang cina akan tidak lagi mersakan bahawa mereka bangsa cina,dan kaum india akan mula menerima hakikat bahawa merka sebenarnya sudah berdiri di bawah entiti yang baharu.Dalam hal ini,skop pendefinisian bangsa Melayu akan diperbaharui,dengan mengambil kira kemasukan “saudara baru mereka ini yang turut cintakan tanah air,maka bangsa yang akan wujud hanyalah bangsa Melayu,yang baharu.Integrasi inilah yang diimpikan dan solusi untuk menoktahkan “prejudis perkauman” yang timbul.
Dato Onn menyebut ketika ucapan terakhirnya dalam Persidangan Perhimpunan Agung UMNO,1951:.
“Biarlah kita sedar,iaitu hal dan keadaan tanah Melayu ini telah berubah.Fikiran orang Melayu sendiri telah berubah.Biarlah kita sedar,iaitu di tanah Melayu ini ada orang-orang yang bukannya keturunan orang Melayu,tetapi yang kasih dan sayang kepada Tanah Melayu-barangkali lebih-daripada sesetangah orang Melayu sendiri.Biarlah kita sedar,iaitu orang-orang Melayu sendiri telah menuntut supaya dijalankan kemerdekaan dengan secara demokrasi...dan biarlah kita sedar,iaitu sebuah pemerintaha atau sesebuah negeri yang berdasarkan di atas demokrasi,itu tidak oleh hendak memeliharakan hak-hak negeri itu bagi kepunyaan satu pihak sahaja”(8)
Malah apabila berlakunya integrasi seperti ini,maka tiadalah lagi rasa gusar apabila kaum “cina” menjadi perdana menteri,atau kaum “india” yang menjadi ketuan negara,kerna pada asas dan akarnya mereka adalah kaum Melayu/atau Malaya yang baharu. “Prejudis perkauman” berjaya di belasungkawakan.
Namun,tidak ramai yang melihat perkara ini sebagai suatu pencapaian pada zaman era kemerdekaan dahulu.Dato Onn juga menyambung,dengan kesal:
“..Peta yang dipandang oleh kita sekalian ialah peta Melayu,sekadarkan perbezaan di antara peta yang dinampak oleh kebanyakan orang-orang di tanah melayu ini,barangkali ada kelainan sedikit atau sebanyaknya daripada peta yang yang terbentang di hadapan mata saya sendiri oleh kerana saya diberi peluang dapat melihat satu gerak langkah,sesuatu perbuatan atau cadangan yang hendak dijalankan di tanah Melayu ini:langkah-langkah dan perbuatan yang mendatangkan bimbang kepada diri saya sendiri.”(9)
Mungkin tidak siapa yang dapat menangkap maksud Dato Onn pada saat tersebut,namun hakikatnya perkara yang dibimbangkan itu ,adalah perpecahan perkauman yang mungkin akan melanda negara selepas kemerdakaan.
Sungguhpun tindakan Dato Onn keras dikritik pada zamannya,namun belia berani menerbitakn solusi,malah disanjung oleh tokoh-tokoh sejarah yang mengkaji perjalanan kemerdekaan.Antaranya yang disebut oleh J.J Raj:
“Dato Onn B. Jaafar,the brilliant and forsighted thinker was many years ahead of his time.He proposed the UMNO should open its doorto non-Malay as well,as he felt that Malays and non-Malays should fight for freedom with one voice.”(10)
Begitulah peluang yang terbiar,betapa sayang seribu kali sayang,medium yang mampu menyatukan kita tidak dimanfaatkan.Setelah kita kemiskinan medium ini,mungkinkah akan muncul suatu perkara yang akan membawa kekuatan yang sama?Saya tinggalkan kepada pembaca untuk menilai.
Kesan dan punca permasalahan era hari ini.
Selepas peletakan jawatan Dato Onn,jawatannya disandang oleh Tunku Abdul Rahman.Tunku seterusnya mengambil langkah yang hampir serupa,namun lebih “selamat” dan lebih popular dalam kalangan rakyat Melayu.Maka tertubuhlah parti Perikatan yang dikatakan telah berjaya menyatupadukan strata pelbagai kaum di bawah satu naungan.Kemerdekaan pun akhirnya diberikan.
Semuanya kelihatan berjalan dengan lancar.Keamanan antara kaum dikatakan bersiul memenuhi warna kehidupan rakyat Malaysia.
Namun benarkah begitu?Benarkah penggabungan parti antara kaum itu telah menoktahkan penyakit “prejudis kaum” yang hinggap dalam kalangan rakyat dahulu??
Tanggal 13 mei 1969adalah bukti yang paling nyata bahawa formula Tunku gagal menyatukan rakyat Malaysia.Sungguhpun parti-parti kaum di bawah satu bumbung,mengapakah masih boleh tercetus kejadian berdarah 13 Mei ini?Dr mahathir berpendapat:
“Kalau direnungkan kembali masa-masa yang lampau, salah satu faktor
yang agak mengejutkan dan harus diakui ialah pada masa lalu tidak wujud
harmoni yang sebenar antara kaum. Apa yang wujud ialah kurangnya
perselisihan antara kaum. Ada rasa toleransi. Ada terdapat penyesuaian.
Ada sedikit sebanyak perasaan tolak ansur. Akan tetapi tidak wujud
harmoni yang sebenarnya. Sebaliknya ada nada-nada sumbang walaupun
tidak begitu ketara. Ada kalanya nada-nada sumbang ini melangsing
nyaring lalu mencetuskan pergaduhan kaum yang terpencil atau meratarata.”(11)
“Keharmonian antara kaum di Tanah Melayu tidaklah tulen bahkan juga
tidak berakar umbi secara mendalam. Apa yang dianggap sebagai
harmoni ialah tidak adanya perselisihan kaum secara terbuka. Kalaupun
tidak ada perselisihan kaum, bukanlah semestinya kerana kurang
kemahuan atau tidak ada alasan-alasan untuk menimbulkan perselisihan. Sebenarnya ini adalah kerana kurangnya keupayaan untuk bersengketa secara terang-terang.”(12)
Maka apabila kita mengataka era selepas kemerdekaan itu telah terbitnya keharmonian,maka “keharmonian” yang didefiniskan itu hanyalah suatu ilusi,kerna tiada pergaduhan,tidak bermakna harmoni itu mekar,bahkan mungkin kerna kurangnya bersua atau mempunyai rasa tidak peduli dalam kalangan kaum..
Malah apabila kita mengkaji dengan teliti,formula penggabungan parti berasaskan kaum ini bukan sahaja gagal dalam mencapai objektif perpaduan,malahan ia juga sebenarnya membawa kecelaruan dalam konsep dan definisi nationality .Memetik kajian seorang Professor tanah air yang cukup terkenal,iaitu Prof Wang Gungwu(13) ,beliau melihat bahawa selepas berlakunya kemerdekaan tanah air,semangat nasionalisme telah terbahagi kepada dua bahagian.
“There are some Malay leaders who equate Malayan nationalism with Malay-nation and prefer to use “Melayu” instead of “Malayan” in every possible context. And many Chinese and Indian leaders who describes themselves as “Malayan” refer to an altogether new political identity and would consider it as in any way similar to “Malay” .But what cannot be denied is that dynamism, the single-mindedness and the leadership in Malayan Nationalism has been ably provided by the present Malay ruling group”(14)
Dalam erti kata lain,nationalisme pada waktu itu sebenarnya terbahagi kepada dua definisi yang difahami:(1)nationalisme yang lebih terjurus ke arah kemelayuan,di mana kebanyakan rakyat sendiri apabila disebut Negara Malayan,ia sebenarnya adalah Negara Melayu.(2)atau seperti yang disebut oleh Prof Wang Gungwu,nationalisme Negara dianggap sebagai suatu bangsa yang baru dan “political identity” yang baharu,melibatkan kaum mereka bersama.
Malah Prof Wang Gungwu juga menyatakan bahawa wujudnya jurang dalam rasa nationalisme ini kerna kegagalan untuk membawa identity yang jelas dan penyatuan bangsa yang lebih padat,yakni suatu bangsa yang tidak lagi terbahagi kepada beberapa kaum yang akhirnya membuatkan satu garisan panjang yang memisahkan mereka dari bersatu.(15)
Sekiranya dibandingkan antara formula Tunku dan Dato Onn,saya melihat bahawa sebenarnya formula Dato Onn lebih memberi impak yang berkesan.Sunggupun kemerdekaan akan diperoleh lebih lambat,namun Dato’ Onn sekurang-krangnya dapat memanfaatkan medium “semangat kemerdekaan” untuk mengasimilasikan kaum-kaum lain untuk membentuk suatu bangsa yang kuat dan disayangi.Orang cina.,India,atau Melayu tidak lagi kan mempersoalkan siapa lebih hebat dan saling mencurigai kerna mereka adalah satu kaum yang baharu,berentitikan wajah Negara.Namun formula Tunku tidak mampu membawa impak yang sama,kerna selepas kemerdekaan masih lagi wujud parti politik yang berasaskan kaum,yang sudah tertentu hanya kan memperjuangkan kaum mereka sendiri.
Malah andai dinilai konteks dunia kita sendiri,parti politik berasaskan kaum peninggalan Tunku ini adalah sebenarnya racun yang memperhangatkan sentiment “prejudis perkauman” agar nyawa parti itu dapat hidup(kerna sekiranya tiada lagi kaum,maka hilanglah sebab untuk berjuang dalam part perkauman).
Ketuanan Melayu:Bukan salah Melayu
Sekarang apabila kita sudah memahami akar sikap “prejudis kaum” yang berakarkan dari umbi sejarah terdahulu,barulah kita mengalihkan perbincangan kita untuk menganalis kewajaran dan kelemahan konsep “ketuanan Melayu” ini.
Sekiranya dikaji dengan teliti,sebenarnya konsep “ketuanan melayu ini adalah suatu konsep yang kabur.Sebahagian intelektual dan ahli politik banyak yang “bermain kata” dalam meng-istilahkan konsep ini.Malah sebahagian merujuk kepada definisi yang dikeluarkan daripada buku teks sejarah menengah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka(16).Ada juga sebahagian yang lain menunjukkan bahawa ketuanan Melayu adalah “hak istimewa orang Melayu” yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia(artikel 153)(17).Saya secara peribadi lebih memahami konsep berkenaan dengan merujuk kepada pendapat kedua,dan sama sekali menolak bahawa pemahaman konsep ketuanan Melayu itu berasaskan falsafah “tuan” dan “hamba” yang sering dimainkan oleh ahli politik tanah air.
Maka sekira ditanya,apakah kewajaran wujudnya konsep berkenaan,saya dapat simpulkan bahawa ia merujuk kepada “pengorbanan orang Melayu yang dahulu asalnya memiliki tanah ini,dan terpaksa berkongsi warganegara dengan kaum lain.”Penjajahan British dikatakn punca segala-galanya kerna membawa masuk orang Cina dan India,dan menyebabkan orang Melayu terpaksa bertoleransi memberi kewargenaraan kepada mereka(18).Malah semasa Suruhanjaya Perlembagaan Reid menjalankan tugasnya (1956-1957) untuk mendapatkan pandangan dan seterusnya menggubal sebuah perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu (PTM) yang merdeka, Perikatan iaitu gabungan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Persatuan China Tanah Melayu (MCA) dan Kongres India Tanah Melayu (MIC) telah mengemukakan satu memorandum yang telah dipersetujui oleh perikatan (UMNO-MCA-MIC). Antara lain Memorandum
Perikatan menyatakan, (19)
“…Kami mengakui bahawasanya orang-orang Melayu itu ialah anak
watan yang asli dan bahawa mereka itu mempunyai kedudukan yang
khas terbit daripada keadaan yang tersebut, dan juga dengan
kuatkuasa treaty yang telah dibuat di antara Kerajaan British dengan
negeri-negeri Melayu yang berdaulat.”
Oleh yang demikian kerna sikap toleransi,dan pemilikan asal tanah Melayu ini ,orang Melayu didakwa wajar untuk menerima sedikit “hak istimewa “ ini.Saya sememangnya akui bahawa orang Melayu begitu bertoleransi dan sanggup berkorban untuk tanah air.Namun ingin saya bangkitkan persoalan:
“Salahkah untuk kita abaikan perkara lama,memandangkan kita sudah 50 tahun merdeka dan masing-masing ingin hidup harmoni tanpa sebarang perbezaan?”
“Rugikah kita untuk melepaskan hak istimewa ini semata kerna cinta kita kepada kaum lain dan inginkan kehidupan yang harmoni dan adil”
Sesungguhnya kita seharus juga mencontohi peristiwa Hijrah Nabi Muhammad ke Madhinah.Apakah apabila nabi dan para sahabat(golongan muhajirin) apabila berkunjung ke madhinah untu memulakan hidup baru mereka di “syaratkan” untuk mematuhi hak istimewa kaum Ansar(penduduk asal madhinah”?Antara seorang ahli sejarawan Islam,Marthin Lings mencatatkan:
““The Muslims of Medina had been given by the Prophet the title of An~ar which means Helpers, whereas the Muslims of Quraysh and other tribes who had left their homes and emigrated to the oasis he called Muhajirah, that is, Emigrants..... It was to be hoped that these two parties would be strengthened by a third, and the Prophet now made a covenant of mutual obligation between his followers and the Jews of the oasis, forming them into a single community of believers but allowing for the differences between the two religions.”(20)
Pendudk Madhinah boleh hidup tanpa sebarang rasa prejudis kerna tiada wujud kaum “kelas pertama” dan kaum “kelas kedua” di sana.Lihat pula hadis Nabi Muhammad S.A.W yang menyebut:
“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).
Tidakkah jelas dan indah yang dipaparkan oleh rasulullah S.A.W.Mengapakah kita tidak mengambil iktibar??
“Mana boleh dipinda dan dibuang sebarang Hak Istimewa orang Melayu,nanti orang Melayu akan ditindas oleh kaum lain!!”
“Ekonomi kita terlalu lemah,kalau dibiarkan hak istimewa ini ditarik balik,kaum lain akan mendahului kaum Melayu dan berpeluang menindas kita..”
“Anda nak ke perdana Menteri kita,daro kaum cina or India..kalau mereka yang menjadi Perdana Menteri,maka orang Melayu akan Hilang!!!”
Ketika saya mendengar dengan teliti alasan-alasan yang diberikan,saya terus termenung jauh.Ada benarnya apa yang dikatakan mereka.Ekonomi kita lemah dan sebagainya.Namun salahkah kalau orang Cina,misalnya,mendahului ekonomi negara dan seterusnya membantu orang Melayu??atau salahkah sekiranya seorang perdana menteri dalam kalangan orang Malaysia yang bukan dari kaum Melayu sekiranya dia bertindak adil kepada semua kaum tanpa meng-istimewakan kaumya sendiri?
“Tak mungkin mereka akan bantu orang Melayu,mereka selalu mencari peluang untuk menjatuhkan bangsa melayu!!”
“mereka tidak akan bantu ekonomi kita,kita bukan dari kalangan dia,tidak ada sebab kaum lain nak bantu kaum Melayu sedangkan kaum mereka pun tak terbantu lagi..”
Sekali lagi,apabila dikaji sebenarnya dakwaan untuk mempertahankan “hak istimewa” orang Melayu dalam kalangan orang Melayu bukanlah sebenarnya kerna pemilikan dan pengorbanan orang Melayu pada zaman dahulu(biarlah Allah sahaja yang balas).Namun sikap “takut” dan “prejudis kaum”yang berpunca dari faktor sejarah ini sebenarnya yang menjadi akar umbi permasalahan ini.Atas sebab inilah,saya tidak menyalahkan orang Melayu,mahupun mana-mana kaum lain kerna iklim sosial di Malaysia telah dipenuhi dan dicemari dengan rasa curiga antara kaum sama secara langsung atau tidak langsung.Orang Melayu tida mahu melepaskan hak istimewa kerna khuatir apabila politik atau ekonomi akan diboloti kaum lain,maka akan terbit pula “ketuanan Cina” mahupun “ketuanan India” dan kenyataan ini ada benarnya.Sikap inilah yang menjadi bisa dan racun yang mengapikan-apikan permusuhan antara kaum.Baik Melayu,Cina, atau India,krisis ini telah menghinggapi kita semua.Bangsa Malaysia bagi umat Malaysia pada hari ini tidaklah sepenting kaum masing-masing yang lebih disanjung.
Konklusi
Setelah dibentangkan kajian ini saya berharap isu ini difahami dengan lebih mendalam.Saya secara jujurnya,berdasarkan ilmu yang serba sedikit melihat iktikad “ketuanan Melayu” ini bukanlah dari amalan yang disarankan Alquran dan Sunnah dan saya dengan rasa rendah diri menolak konsep ini sebagai pegangan peribadi.Saya bukanlah mahu menderhaka kepada raja mahupun bangsa,namun bangsa dan raja-raja yang ada tidak mampu memberi redha yang tulen sehbat REDHA ALLAH.Namun untuk menghapuskan konsep “ketuanan Melayu” ini pada waktu ini adalah sangat tidak sesuai dan hanya akan mencetuskan huru-hara yang membimbangkan.Apabila kedudukan ekonomi,dan iklim sosial kita diambil kira,saya berpendapat andai “ketuanan Melayu” ini dihapuskan maka akan wujud “ketuanan” kaum lain yang menguasai politik dan ekonomi dek kerana dendam atau sikap mengutamakan kaum masing-masing.Tidak kira Cina,India,atau Melayu selagi penyakit “prejudis kaum” ini tidak berjaya ditangani,maka sekiranya dihapuska nsebarang undang-undang dan peraturan sekalipun isunya tidak akan selesai.Kerna masing-masing akan berlumba-lumba untuk menjadi kaum yang mendominasi.
Maka untuk langkah pertama saya mencadangkan:
1)Dihapuskan politik berasaskan perkauman dan digantikan dengan politik berasaskan ideologi.Apabila kita melihat dunia Malaysia hari ini,ahli politiklah yang memainkan sentimen perkauman dan mengapi-apikan penindasan yang bakal wujud andai parti mereka tidak mengguli carta pilihanraya.Lihat sahaja kes Singapura dan Malaysia.Rustam A.Sani merumuskan bahawa perbalahan Singapura dengan Malaysia adalah suatu sandiwara yang“wajib” (21).Singapura yang menuduh Malaysia menindas kaum Cina mengugut kaum Cina Singapura bahawa mereka akan menimpa nasib yang sama sekiranya parti mereka tumpas kepada parti yang lebih liberal,dan sandiwara yang sama bermain di rentak politik Malaysia.Orang Melayu juga ditakut-takutkan dengan penindasan yang akan menghapuskan kaum tersebut.Masing-masing bermain sentimen ini untuk menjaga periuk nasi ahli politik,namun yang menjadi mangsa adalah rakyat.
Untuk berbicara tentang bahaya politik perkauman ini,maka ruang yang lebih panjang diperlukan kerna perbahasan ini perlu dianalisis dengan teliti dan kritikal.Insyallah saya bercadang akan menulis hal ini pada tulisan yang akan datang.Namun begitu,secara tegasnya saya menyeru agar politik perkauman ini segera dibubarkan kerna kehadiran mereka ini hanya mewujudkan halangan untuk berlakunya perpaduan.Sekian
P/S:Tulisan in hanyalah cetusan yang serba sederhana oleh penulis yang mengharapkan sebuah negara yang lebih harmoni dan adil tertubuh.Sebarang kata-kata yang dipetik dan fakta yang dikutip adalah dirujuk secara terus dari buku yang dimaksudkan melainkan dinyatakan.Majulah Islam untuk negara.
Nota kaki:
(1)- dipetik dari laman web www.1malaysia.com.my
(2)Objektiviti konsep 1Malaysia jelas merpertunjangkan falsafah perpaduan.Rujuk buku terbitan Kerajaan persekutuan Malaysia,: “1Malaysia:rakyat didahulukan pencapian diutamakan,boleh dimuat turun di laman web www.1malaysia.com.my
(3)ibid
(4)Rujukan akhbar berita harian,metro dan the star.Pada hemah penulis,hampir setiap hari bermula pada 8 December 2010 sehingga kini isu tersebut pasti terpampang di muka akhbar(kecuali harian Metro yang sehingga kini tidak begitu hangat memperkatakan hal ini)-sila rujuk laman web akhbar-akhbar berkenaan untuk mendapatkan kepastian: http://www.bharian.com.my/,http://www.hmetro.com.my/myMetro/,http://thestar.com.my/.
(5)Rujuk –Mohammad Abid,Imbasan Peristiwa-Peristiwa Sebelum Kemerdekaan Malyan,Pelanduk Publication,2004,ms 341-362
(6)Anwar Abdullah,Biografi Dato Onn:Hidup Melayu,Terbitan UKM,2nd edition(2005),ms 242
(7)Ibid,ms .243
(8)Dipetik dari manuskrip ucapan Dato Onn yang terakhir pada Perhimpunan Agung Umno 1951,turut dipaparkan dalam tulisan Anwar Abdullah,Opcit.,ms 274
(9)Ibid
(10)J.J.Raj,The Struggle for Malayan Independence,MPH Group publication,2007,ms 14
(11)Mahathir Mohammad,Dilema Melayu,ms.5
(12)Mahathir Mohammad,opicit,ms 6
(13)Prof Wang Gungwu,Malayan Nationalism,Royal Cental Asean Society Journal,xlix,October 1962,ms 320-325,quoted from:Malasyia:Selected Historical Readings,editted by John Boston and Roben.W.Wilkins,KTO Press,1979,ms 352-358
(14)Ibid.ms 353
(15)Ibid,ms 356-357
(16)Rujuk Mingguan Malaysia,12 Disember 2010,nukilan saudara Ridhuan Tee
(17)Artikel 153 dalam perlembagaan Malaysia sendiri mempunyai beberapa bahagian yang kabur.Anda boleh merujuknya sendiri di laman-laman web kerajaan.Antara yang boleh saya cadangkan ialah: http://satuperjuangan.wordpress.com/2008/05/14/artikel-153-perlembagaan-malaysia-ketuanan-melayu-dan-kontrak-sosial/
(18)Hal ini disuarakan ketika seminar peradaban Melayu.Antara perkara yang dibentangkan adalah termasuk perkara ini.Merujuk kepada kertas kerja yang ke-6, “MELAYU MINORITI DAN DIASPORA; PENGHIJRAHAN DAN JATI DIRI”,tulisan Prof Dato Dr Wan Hashim Wan Teh ,beliau menyebut:
“Inggeris menjajah Persekutuan Tanah Melayu termasuk Singapura dan Borneo Utara sekadar 80 tahun sahaja tetapi ia meninggalkan kesan yang amat mendalam dari segi mentransformasikan ekonomi tradisional kepada ekonomi perdagangan, membina prasarana komunikasi moden, pengenalan urusan pentadbiran birokrasi, undang-undang tanah, pendidikan moden, serta pengenalan sistem politik demokrasi dan kehakiman menggantikan Sistem Kerajaan Melayu Lama. Di antara kesan yang paling besar sekali ialah menjadikan wilayah Alam Melayu ini sebagai masyarakat majmuk menerusi migrasi besar-besaran orang Cina dan India ke wilayah ini. Kesan kedua ialah menjadikan orang Melayu di Pulau Singapura, di Segenting Kra Selatan Myanmar dan di Selatan Thailand sebagai pribumi yang berstatus minoriti.”
(19)Dikutip dari Kertas kerja Kongres Bahasa yang ke -6, bersidang di Dewan Tun Abdul Razak, Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan, pada 5 September 2002, dan dihadiri oleh 150 ahli badan-badan kerabat kongres.Kertas kerja tersebut ditulis oleh Prof Dato Zainal Abidin bin Abdul Wahid,yang bertajuk “Politik Melayu dan Martabat Bahasa Melayu”,ms.846
(20)Martin Lings,Muhammad,ms 123-124
(21)Rustam A.Sani,Ketemu Alur Zaman.PTS publication,
4 comments:
Tulisan akademik yang baik
Terima kasih..tapi sangat banyak kelemahan yang perlu diperbaiki lagi.Thanks again
adoi.. i.allah akan cari masa nak baca
Membaca tulisan Farish A Noor tentang impak kolonialisme terhadap konsep "perkauman" ini adalah satu lagi penjelasan menarik yang menyokong hujah bahawa keistimewaan adalah hanya mainan orang politik dan prejudis kita pada bangsa lain.
Post a Comment