Saturday, December 10, 2011

Kontangnya tujuan hidup kita,sempitnya dakwah kita



Wanita bertudung di atas merupakan pemenang “TEDxIB@York 2011 student competition”,seorang pelajar IB biasa yang masih muda(17 tahun) namun mempunyai cita-cita yang tinggi untuk mengubah dunia. Amal Ahmed Albaz,seorang pelajar di White Oaks Secondary School,Oakville telah bepidato di pentas itu meminta kita semua merenung semula; “Apakah sumbangan kita pada dunia?”, “Sudahkah kita memanfaatkan bakat dan kehidupan yang tuhan kurniakan kepada kita untuk tujuan kebaikan”.

Mungkin ada yang tersenyum,lega kerana sekurang-kurangnya “kami dah join organisasi Islam?”,namun cukupkah hanya menyertai sahaja?

Amal kemudiannya meminta kita renungi falsafahnya “5 before 5”,yakni yang dipetik daripada hadis nabi Muhammad S.A.W:

“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, yaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian.” (Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)

Benar hidup ini berjalan,berputar dan hari juga saling silih berganti.Perlahan-lahan masa itu ibarat sebuah kenderaan yang memandu kita menempuhi kelima-lima tanda ini.Namun sugguhpun tidak ramai yang ambil peduli.


Bukankah ramai lagi yang leka dengan  di pusat-pusat membeli belah?
Bukankah ramai lagi manusia yang tuanya diiskan dengan bermain dam-dam di kedai?
Bukankah ramai lagi si muda yang tidur di rumah dan bersosial sepanjang hari?
Bukankah ada yang kaya masih takbur dengan menjunjung duit dan tahta ke sana ke mari?

Pedulikah kita?Saudari amal mengingatkan kita perkara ini.Beliau yang begitu bersemangat sejak umur 16 tahun sudah mula mencari sesuatu untuk berbakti.Kerana beliau sedar mati itu tidak tentu

Apabila datangnya ajal mereka, tidak akan dilewatkan sesaat, mahupun diawalkan(Surah an Nahl : 61)

Mahukah kita manfaatkan hidup ini?

Amal Ma’rud Nahi Munkar(Hisbah)

Satu perkara lagi yang dibangkitkan oleh saudari Amal ialah betapa perlunya kita memahami secara luas definisi dan prinsip Hisbah ini.() Sedangkan telah terbit firman Allah:


“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. ”(Ali Imran  : 110)
Allah telah amanahkan kita menjadi UMAT yang terbaik,umat yang menjadi contoh buat bangsa-bangsa lain dengan menegakkan konsep Hisbah ini.Malah andai ditelusuri inti-inti Al-Quran,tema inilah yang menjadi dasar dan Supreme Objectives of Shariah. Kata Prof Hashim Kamali:

“The wider scope of hisbah was treated in a considerable detail in the works of the jurists and theologians…However,a brief word about the manner in which ulama’ have treated hisbah will,perhaps,justify my being electic in the treatment of this principle.Al Ghazalie characterizes hisbah as ‘The Greatest pole of religion”(al qutb al ‘azam fi’l din),and the most important objective of all God’s revealed scriptures.Therefore.as this is the essence of all religion,a total neglect of hisbah would bring about collapse of religion and widespread of corruption and ignorance”(2)

Secara dasanya tugas Hisbah adalah sangat luas dan universal.namun sayangnya kebanyakan daripada kita mempersempitkan definisi dan prinsip ini kepada suatu skop yang sangat insklusif.Sepanjang sya berkunjung di bulatan-bulatan usrah,kebanyakannya(baca:TAK SEMUA) mengecilkan skop hisbah kepada 3 perkara umum:

1)Hal halal dan Haram-Pergilah juga ke kebanyak ceramah-ceramah agama,isu-isu Fiqh sahajalah yang menjadi bahan “jualan”.Malah apabila sering dipandang Amal ma’ruf dan nahi munkar itu berdiri di atas menghalang manusia berbuat maksiat,menegur soal-soal ibadah,soal haram halal makanan, dan sebagainya.Hal-hal sunat juga sering dipenjarakan dalam lingkungan solat sunat,manfaat puasa,sedekah,patuh pada ibu bapa.

2)Isu-isu individual-Sering juga hanya dikaitkan dengan soal-soal aurat,soal pakaian,hubungan antara lelaki dan perempuan,membentuk gerakan mengajak orang solat.etc

Salahkah?Saya bukan berbicara untuk mengharamkan perkara-perkara seperti ini sebaliknya saya meminta kita perluaskan lagi sikap dan sudut pandang kita tentan hisbah ini dengan intinya yang asli.

Kita sering lupa amal dan makruf itu sesuatu yang sangat umum dan luas meliputi pelbagai aspek.Namun dalam bicara kita soal perpaduan,diskriminasi kaum dan gender,kemiskinan,kezaliman pemerintah,keadilan sejagat yang konteks merentasi pelbagai agama sering tercicir dan diabaikan.Saya khuatir pendekatan yang tidak seimbang hanya melahirkan umat yang “cacat”;

Kita melahirkan manusia yang taat solat dan menjaga ibadah tetapi dungu tentang isu-isu kemiskinan dunia.
Kita melahirkan insan yang menghafaz quran dan hadis tetapi jahil tentang penindasan orang miskin di Negara kita.
Kita melahirkan ilmuan yang mahir usul fiqh yang tahu halal dan haram tetapi tidak memahami reality dunia.

Jadikah kita umat yang terbaik dalam keadaan begini?

Saya sendiri malu apabila melihat bidang-bidang kebajikan dipelopori ramai dari kalangan orang bukan islam.Pernah saya menyertai sebuah program charity  dan melihat kedatangan orang Islam hanyalah tidak lebih dari 5%.

Kita sibuk berbicara soal agama,mereka sibuk menyelamatkan nyawa?Di manakah maqasidnya?Di manakah Awlawiyatnya?Terbaikkah umat kita di mata dunia?atau sekadar sibuk berdiam diri berbicara soal-soal fiqh dan intelektual sahaja?

“People did’nt care how much you know till they know how much you care”


Rujukan

1)Prof hashim Kamali,Freedom of Expression in Islam,Ilmiah Publisher:Kuala Lumpru,1998,ms 28
2)ibid


0 comments:

Post a Comment