Pada tanggal 10 Disember 2011,Newt Gingrich memberi komentar yang menampakkan kejahilan beliau tentang sejarah,menyebut;“"I believe that the Jewish people have the right to a state ... Remember, there was no Palestine as a state. It was part of the Ottoman Empire" until the early 20th century,(1)”.Beliau yang juga pernah dinobat sebagai “Man of The Year” oleh majalah Time(1995) dan antara calon utama Parti Republikan untuk jawatan Presiden pada pilihanraya 2012 menjustifikasikan pendiriannya mengatakan bahawa: “"I think that we've had an invented Palestinian people who are in fact Arabs, and who were historically part of the Arab community”(2).Sungguhpun dakwaan beliau tampak “berani” dan mungkin menjejaskan kredibiliti beliau untuk mendapatkan undi pada pilihanraya akan datang setelah presiden Barrack Obama menampakkan “kehambaan”nya kepada Israel dalam isu permohonan Palestin untuk menyertai UN sebagai ahli yang sah.Namun begitu usaha untuk memadamkan nama Palestin dalam dunia,sekaligus kamus-kamus sejarah bukanlah suatu usaha yang baharu.
Pada tahun 1984,seorang penulis wanita yang juga bekas produser berita CBS,Joan Peter,telah menulis sebuah buku “From Time Immemorial: The Origins of the Arab-Jewish Conflict over Palestine” membuat dakwaan yang hampir serupa seperti yang disebut Gingrich.Buku tersebut telah mendapat liputan dan komentar yang cukup positif dari kalangan ahli-ahli intelektual sehingga dijadikan sebagai bahan buku teks di berapa buah universiti.Chomsky,seorang ahli linguistic dan penganalisis politik Timur Tengah lantang mengkritik buku tersebut dan merumuskan keseluruhan tulisan Joan Peter sebagai:“the implicit message was, if Israel kicks them all out there's no moral issue, because they're just recent immigrants who came in because the Jews had built up the country”(3).Sungguhpun begitu pada era ia diterbitkan buku Joan Peter mendapat “best seller”,diiringi dengan beratus-ratus ulasan positif dari ahli akademik dan sehingga telah diterbitkan sebanyak 10 edisi(4).Hanya sebilangan kecil sahaja yang kritikal dan tajam mengkritik dakwaan buku tersebut,dan antaranya ialah Prof Norman Finkelstein.Kata Chomsky,Noam Finkelstein telah menulis sebuah jurnal setebal 25 helai menceritakan pemalsuan fakta,dan penipuan-penipuan yang dibawa oleh Joan Peter sehingga mengkaburkan perspektif masyarakat.Jurnal tersebut kemudiannya telah dihantar oleh Chomsky kepada beberapa jurnalis British sebelum buku tersebut diterbitkan di England.Impaknya selepas diterbitkan di England buku tersebut dikritik hebat,berpandukan jurnal Norman Finkelstein sehingga dilabel sebagai “ludicrous," dan "preposterous."(5).Kemudian perlahan reputasi buku tersebut mula merudum dan mula dipinggirkan masyarakat:
“Anyhow, by that point the American intellectual community realized that the Peters book was an embarrassment, and it sort of disappeared—nobody talks about it anymore. I mean, you still find it at newsstands in the airport and so on, but the best and the brightest know that they are not supposed to talk about it anymore: because it was exposed and they were exposed.”(6)
Usaha untuk melenyapkan tamadun dan bangsa Palestin seperti yang didakwa ini juga dapat dikaitkan dengan fenomena Orientalisme,istilah yang diperkenalkan oleh seorang tokoh kelahiran Palestin,Edward W.Said.Edward dalam bukunya “Orientalism”(1978) mendefinisikan istilah ini sebagai “a manner of regularized (or Orientalized) writing, vision, and study, dominated by imperatives, perspectives, and ideological biases ostensibly suited to the Orient.”(7).Juga dalam bukunya “Question of Palestine”(1980) beliau telah menunjukkan bagaimana sikap golongan orientalist ini dalam membantu Israel menjajah tanah Palestini sehingga terbentuknya negara Israel pada (tarikh).Makalah ini akan menfokuskan hujah-hujah berdasarkan buku beliau untuk menyanggah dakwaan Gingrich baru-baru ini.
Ketika era ke arah pembinaan sebuah Negara “haram” Israel di tanah Palestin,dakwaan-dakwaan untuk menafikan kewujudan bangsa Palestin sudahpun wujud,namun tidak diolah secara “ilmiah” atau “akademik” seperti yang tertulis dalam buku Joan Peter.Edward Said telah memetik kes Alphonso de Lamartine untuk mengkukuhkan hujah beliau.Alphonso de Almartine,seorang ahli politik Perancis(21 October 1790 – 28 February 1869) telah pun melawat tanah Palestin(1883)(8) dan telah pun mencatatkan hasil lawatannya dalam sebuah makalah,Voyage en Orient.Setelah makalah tersebut diterbitkan beliau menghantar beberapa cadangan dalam bentuk Resume politique berdasarkan tulisan awalnya kepada kerajaan Perancis.Sungguhpun dalam makalah “Voyage en Orient” beliau telah mengakui kewujudan “Arab Peasants and Town dwellers” di Palestin,dalam tulisan “Resume politique” yang dihantarkan kepada pemerintah tidak mengandungi fakta tersebut,dengan tujuan agar tanah tersebut seolah-olah kosong dan “marvellous place for an imperial and colonial project to be undertaken by France”(9).Tambah Edward Said lagi, “It is precisely this kind of thinking,almost too to the letter,that formulated by Israel Zangwill for Palestine towards the end of the century:A land without people,for a people without land”.
Namun hakikatnya bukanlah sebegitu bagi orang yang betul-betul mengkaji. “The truth is,of course ,that if one were to read geographers,historians,philosophers,and poets who wrote in Arabic from eighteenth century on,one would fine references to Palestine”.Malah pada zaman ketika di bawah jajahan Uthmaniyah(sejak tahun 1516) lagi penduduk Arab di kawasan Palestin telah pun dirujuk dan dikenal secara meluas sebagai “filastin”.Edward Said merujuk kepada sebuah teks lama dalam berbahasa Arab yang mengiktiraf bangsa Palestin.(10)
Namun bukanlah dakwaan menafikan kewujudan bangsa Palestin ini yang melahirkan dan menjadi alasan kepada pembentukan deklarasi balfour(1917) sehinggalah kepada pembentukan Negara “haram” Israel yang diluluskan UN pada tahun 1947.Alasan ini terlalu jahil dan sangat lemah untuk dijadikan sandaran.Sebaliknya kebanyakan ahli-ahli akademik yang menyokong pembentukan Negara Israel seperti Mirriam Rosen,Tyrwhitt Drake,Lord Kitchener,Flinders Petrie dan ramai lagi mengiktiraf kewujudan bangsa Palestin dengan memanggil mereka “the native”,termasuklah pengasas negara Israel sendiri,Chaim Weizman.(11)
Apa yang telah mereka lakukan adalah dengan memanfaatkan sikap skeptik dan bias masyarakat Barat(orientalism) dengan mendakwa bahawa bangsa “native”(12) di Palestin telah gagal membangunkan kawasan tersebut dan tidak layak membina sebuah negara.Pada lawatan pertama Weizman ke Palestin(1970),beliau mencatat:
“A decolorous country it was on the whole,one of the most neglected corners of the miserably neglected Turkish Empire.Its total population was something six hundred thousands,of which about eighty thousands were jews.The latter lived mostly in the cities..But neither the colonies nor the city settlements in any way resembled,as far as vigor,tone and progressive spirit are concern,the colonies and the settlements of our day.”(12)
Penggunaan perkataan “neglect” itu sendiri menunjukkan seakan-akan bangsa Palestin tidak memanfaatkan tanah tersebut dan terlalu naïf sehingga memerlukan bangsa lain “membantu” mereka memajukan kehidupan mereka.Maka permintaan untuk menjadikan tanah Palestin seolah-olah untuk “kebaikan” Palestin sendiri.
“His(weizman) language was shot through the rhetoric of voluntarism,with an ideology of will and new blood that appropriate for Zionism a great deal of the language(and later the policies) of European Colonialists attempting to deal with native backwardness”
Sudut pandang yang memperkecilkan bangsa Arab ini adalah impak dan kesan kolonialisme barat terhadap timur tengah.Oleh kerana pada awal abad ke 20 “mindset” ini masih lagi wujud(13) maka pihak Zionis telah menggunakan hujah ini untuk membina laman negara mereka.Sehinggalah pembentukan negra Israel sekalipun,Israel di sisi barat dan dunia menjadi spokesman yang lebih arif tentang nasib dan kehendak bangsa Arab amnya,dan Palestin khususnya.
Sehinggalah kini,Israel masih memandang Palestin di Israel sebagai warganegara kelas kedua.Meneliti polisi-polis dalaman negara Israel,Marwan Bishara,seorang penganalis politik yang juga menghoskan rancangan Empire di Aljazeera,mengiktiraf Israel sebagai “Afrika baru” yang mengamalkan dasar apartheid yang lebih kejam dan teruk dalam bukunya “Palestine/Israel:Peace or Apartheid”.Bukunya menceritakan secara panang lebar tentang kehidupa tertindas mensyarakat Palestin di Israel ,juga di tebing barat dan gaza oleh rejim Israel yang serba kejam.
Konklusi
Tanah Palestin sememangnya terbukti adalah milik Palestin namun bukan milik Israel.Sebarang dakwaan yang menyatakan sebaliknya adalah dakwaan yang membelakangkan bukti-bukti dan kajian sejarah.Sama-samalah kita menyebarkan kesedaran ini agar dalam pasca moden ini umat Islam dan manusia kesuluruhannya tidak menafikan fakta mudah ini,dan sentiasa memperjuang keadilan dan hak-hak kemanusian yang dicuri di Palestin.
Rujukan.
1)Aljazeera,10 Disember 2011,www.aljazeera.com
2)ibid
3)Noam Chomsky,The Fate of an Honest Intellectual, Excerpted from Understanding Power, The New Press, 2002, pp. 244-248
4)ibid
5)ibid
6)ibid
7)Edward W. Said,Orientalism, New York : Pantheon, 1978,ms 202
8)Edward W.Said,The Question of Palestine ,Vintage Books:New York ,ms 9
9)ibid
10)ibid,ms 11
11)ibid,ms 81
12)ibid,ms 85
13)Idea ini adalah sangat kompleks dan mendasar kepada peristiwa-peristiwa sejarah,maka penulis mencadangkan pembacaan Orientalism,tulisan Edward W.Said untuk mendapat pemahaman menyeluruh.
3 comments:
Post pertama daku dalam bidang politik..masih jauh perjalanan ni..Insyallah,harapnya aku dapat menggantikan barisan pejuang ilmu yang ada pada masa ini di masa hadapan..amin..
apapun dorang sanggup buat semata-mata untuk dapatkan dunia :O
absolutely right! :)
Post a Comment