Monday, January 2, 2012

Nilai dan Hukum,antara boleh dan betul.




"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qisas berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh; orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba, dan wanita dengan wanita. Maka barangsiapa yang mendapat suatu pemaafan dari saudaranya, hendaklah (yang memaafkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi maaf) membayar (diat) kepada yang memberi maaf dengan cara yang baik (pula). Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu dan suatu rahmat. Barangsiapa yang melampaui batas sesudah itu, maka baginya siksa yang sangat pedih" (Al-Baqarah:178)

Cerita 1:Zainuddin yang kehilangan ayahnya akibat dibunuh oleh seorang lelaki misteri nekad untuk menuntut keadilan.Maka telahpun dia usahakan pelbagai cara serta usaha,dengan menghabiskan banyak wang untuk menyiasat siapakah pembunuh ayahnya.Dalam hatinya rasa marah dan dendam telah menjadi obor yang menyalakan semangatnya untuk membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan.Selama 10 tahun dia tidak tenang,sentiasa resah,kesal,benci kerana masih belum melunaskan hutangnya kepada kematian ayahnya.

Cerita 2: Amin seorang samseng mafia yang telah menjadi dalang membunuh ayah Amin.Dua tahun selepas kejadian pembunuhan tersebut Allah telah membalas dosanya dengan mengambil nyawa anak-anaknya dan isterinya dalam sebuah kemalangan.Sejak dari itu dia mula insaf,kesal dengan segala salah laku yang telah dibuatnya sepanjang bergelumang dalam dunia mafia.Maka beliau nekad untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya untuk keluar dari dunia hitam ini dan mula berbakti pada dunia.Dia memilih untuk membina rumah anak yatim,yang bapa atau ibunya mati dalam apa jua keadaan.Sehinggalah 10 tahun,dia hidup dalam keadaan tenang dan gembira,syukur kerana telah dikurniakan hidayah sebelum dia pergi menemui Yang Maha Esa.

Cerita 3:Ditakdrikan kedua-duanya bertemu.Zainuddin ingin menuntut bela terhadap kematian bapanya. “Nyawa mesti dibayar dengan nyawa”.Amin segera memohon keampunan dan menyataka beliau telah bertaubat .Malah kematiannya akan menyebabkan ramai anak-anak yatim yang bergantung harap padanya akan terabai dan tidak lagi akan  dijaga.Zainuddin serba salah.Selama 10 tahun dia cuba menjejaki Amin untuk melumatkan rasa kesalnya, “Nyawa engaku adalah hak aku”.


Cerita ini sering dimainkan di kaca TV.Menurut Islam adalah hak Zainudin untuk menuntut bela ke atas kematian ayahnya.Namun persoalan di sini buaknlah hitam putih.Sering kita melihat masyarkat sering asyik dengan hak namun lupa akan nilai.

Sememangnya keadilan Islam itu adalah yang benar,namun keadilan bukan puncak yang paling utama.Sebab itu Allah S.W.T meletakkan sebuah dimensi yang lebih mulia yakni Memaafkan.

“Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya.”(Asy-Syura : 40)

Dan telah Kami tetapkan terhadap mereka di dalamnya (al-Taurat) bahawasanya jiwa (dibalas) dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas dengan seimbang. Barangsiapa yang melepaskan (hak qisas)nya, maka melepaskan hak jitu menjadi penebus dosa baginya”. (Al Maidah:45)

“..Maka barangsiapa yang mendapat suatu pemaafan dari saudaranya, hendaklah (yang memaafkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi maaf) membayar (diat) kepada yang memberi maaf dengan cara yang baik (pula). Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu dan suatu rahmat. Barangsiapa yang melampaui batas sesudah itu, maka baginya siksa yang sangat pedih"(Al-Baqarah:178)

Adalah benar Zainuddin dibenarkan menuntut bela,kerana ini KEADILAN.Namun dia juga diberi peluang untuk keluar daripada emosinya,melaraskan nilai kemanusiannya,menetapkan rasionalnya akan akibat hukuman yang hendak dikenakan kepada Amin dan memikirkan impaknya kepada masyarakat,khususnya anak yatim.Dimensi ini adalah dimensi NILAI,yang menuju kepada KEBAIKAN MASYARAKAT dan KEAMANAN dalam dirinya.

Apabila hanya hak yang cuba diketengahkan,keadilan yang cuba dicapai tidak bermakna akan wujud as salam(aman) dalam masyarakat.Ruang peraturan hanya sebagai satu kawalan namun sesuatu yang lebih tinggi sifatnya adalah nilai.

Melihat isu-isu baru ini sering manusia bertempik “INI HAK KAMI”, “HAK KAMI UNTUK BERSUARA/BERDEMO/MENGUTUK”, “KAMI TIDAK MELANGGAR APA-APA PERATURAN UNTUK BERSIKAP BIADAP SEPERTI INI” sedangkan mereka lupa kesan mereka pada masyarakat,adab mereka pada manusia,impak mereka kepada diri sendiri.

Apabila kita hanya bercakap soal hukum untuk mendirikan keadilan namun lupa atas tujuan apa keadilan perlu dibina dan didirikan.

Apakah guna lagi andai Zainuddin membunuh Amin kerana dendam yang tersimpan?apakah akan mengembalikan ayahnya yang telah mati?atau hanya mengorbanka lagi nyawa-nyawa anak-anak yatim yang dibelanya?

Kita asyik dengan soal boleh dengan tak boleh,tapi lupa soal yang paling betul dan tindakan yang salah.

Isu dunia bukan berlegar hanya pada peraturan,dan hukum hakam.Letakkanlah nilai dan rasional untuk memahami maqasid peraturan itu,yakni tidak lain tidak bukan adalah untuk mencipta kebaikan pada kesemuanya.Semoga mendapat pengajaran.

0 comments:

Post a Comment