Sunday, January 1, 2012
Review ringkas buku "Mahasiswa,Politik dan Undang-Undang"
Baru sahaja selesai mengkhatamkan tulisan Junaidi Abu Bakar,"Mahasiswa Politik dan Undang-Undang".Antara penulisan yang sangat baik dan objektif,memuatkan pelbagai rujukan dan pandangan-pandangan ilmuan tempatan seperti Prof: Mohammad Abu Bakar,Sanusi Ahmad,ahli-ahli politik tentang AUKU dan implikasinya.
Buku ini diterbitkan pada tahun 1993 dan sudah semestinya konteks perbincangannya banyak berlegar dalam isu-isu yang jauh daripada kita(2012).Namun beberapa kajian dan penelitiannya sangat baik untuk diperhalusi terutama kesan dari aspek sejarah dan psikologi AUKU terhadap gaya hidup universiti dan mahasiswa.Suatu kajian soal selidik yang menarik juga telah dimuatkan dalam buku ini dalam menilai sejauh mana kefahaman mahasiswa terhadap AUKU yang ditentang(keputusannya agak memeranjatkan).Juga disentuh dari segi sambutan dan kedinginan suasana kampus selepas AUKU dikuatkuasakan di mana beberapa aktiviti-aktiviti mahasiswa seperti demo kolej TAR(1972),hal-hal antarabangsa(isu gaddafi dsb)telah di analisis dari pelbagai aspek.
Namun antara yang menjadi fokus tulisan ini adalah penelitian teliti inti pati AUKU dan bagaimana ia boleh dieksploitasikan oleh pihak kerajaan(dan pembangkang).Setiap artikel dimuatkan kritik dan kesan,serta beberapa penambah baikan.Ruang ini cukup baik bagi sesetangah mereka yang perjuangkan AUKU namun masih belum faham inti pati AUKU tersebut.
Juga pada ruangan lampiran disertakan bersama dokumen AUKU itu sendiri untuk dibuat penilaian sendiri oleh pembaca.Kemungkinan beberapa akta telah diubah namun masih wajar untuk dijadikan bahan rujukan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment