*Artikel ini ditulis pada hari rabu,8 Disember 2010 dan disiarkan di blog saya yang lalu.Konteksnya masih relevan dan dapat diambil sedikit iktibar.
Betapa kembara serta musafir saya di bumi kuala lumpur,bandar metropolitan ini membuatkan saya begitu sibuk dan asyik dengan pelbagai perkara.Sehinggakan aktiviti penulisan blog ini tergendala buat hampir seminggu lebih.Kekangan sebeginilah yang memenjara saya dari menukilkan sebarang tulisan sungguhpun pelbagai idea dan ragam ingin saya coretkan di blog “usang” ini.Dan Alhamdulillah,pada hari ini saya diberikan sedikit ruang semula untuk menulis.
.................................................................................................................................
Sesungguhnya kembara saya di bumi “moden” ini bukanlah suatu perkara yang sia-sia.Pelbagai sitkom-sitkom manusia yang menarik dan pelbagai dapat saya kaji dan hayati.Sememangnya “geng” bandar ini banyak ragam dan “pe’el”nya(sikap dlm bahasa terengganu).Namun untuk post kali ini saya tertarik untuk berbicara perihal dunia kanak-kanak moden yang menghuni zaman IT hari ini.
“Fifi!!(bukan nama sebenar),meh turun makan,kang lauk sejuk kang...”
“jap mak!!japgi fifi pegi makan,ngah main game ni”
Jenuh kudrat seorang ibu memanggil anaknya untuk turun menikmati sarapan pagi(yang sebenarnya dah dekat tengahari).Namun si anak hanya terpaku di hadapan skrin komputer yang telah ditatap sejak matanya celik dari bangun tidur.Itulah “sarapan” dan mungkin “malan malam”nya.Malah inti harinya hanya diisi dengan “date” yang begitu panjang bersama game-game fantasi dan khayalan-khayalan yang indah.
“kalau rumah ni terbakar,agaknya game tulah yang diselamatkan dahulu”hati saya merungut.Kepala hanya mampu menggeleng,pelik dengan trend adik-adik muda hari ini.
Mungkin ada yang menyimpulkan:
“Lepak ar bro,ni lah budak-budak zaman sekarang..mana layan dah benda-benda lain...skunk da moden,dah bandar”
“Nak men per gi,ni la best...baru real adventure”
Betulkah begitu?benarkah geng-geng “bandar” ini kesemuanya begitu?Saya tidak tahu,dan saya tidak mahu membuat sebarang kesimpulan negatif kerna istilah “tepuk dada tanya selera” itu mungkin suatu komen yang cukup untuk dijadikan justifikasi.Namun satu perkara yang saya pasti,saya dibesarkan dalam dunia desa serta zaman yang berbeza.Suatu zaman di mana hampir semua yang sebaya dengan saya sudi bersahabat dengan alam.Kerna alamlah teman sepermainan kami yang setia.


